Rencana "No need
of eyes for judging everything: Visually impaired Umaria collector"
bertarikh 10 Ogos 2014 terbit di
business-standard
Untuk pertama kalinya
di negeri Madhya Pradesh, seorang pegawai IAS (Indian Administrative
Service) cacat penglihatan telah ditugaskan menjadi majistret sebuah
daerah.
Krishna Gopal Tiwari
Majistret Daerah Umaria yang baharu dilantik, dan cacat penglihatan,
berkata seseorang tidak perlu mata untuk menghakimi segala-galanya.
"Mata bukanlah
segala-galanya. Anda tidak perlukan mata untuk menghakimi
segala-galanya. Jika itulah hakikatnya maka seseorang yang boleh
melihat tidak harus melakukan apa-apa kesilapan dalam hidup ... maka
tidak ada majistret yang harus melakukan apa-apa kesilapan,"
Tiwari yang berasal dari daerah Ambedkar Nagar Uttar Pradesh, dengan
yakin memberitahu PTI ketika ditanya sama ada beliau akan menemui
sebarang kesukaran menjadi ketua satu daerah.
"Saya ada cara
tersendiri membuat pertimbangan tentang apa-apa isu serta fail dan
saya sama seperti mana-mana individu lain," kata Majistret
berusia 33 tahun, pegawai IAS (Rekrut Biasa) kumpulan tahun 2008,
yang secara rasmi akan bertanggungjawab bagi daerah itu pada 12 Ogos.
"Selain itu, tidak
ada yang baru berhubungan ini semua kerana saya pernah berkhidmat
dengan jayanya sebagai majistret sub-bahagian (SDM) dan Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) panchayat daerah Hoshangabad sebelum ditugaskan
sebagai majistret Umaria. Saya tidak menghadapi sebarang masalah
untuk berurusan dengan apa juga isu, "katanya.
Beliau, bagaimanapun,
berkata beliau perlu lebih peka daripada orang lain.
"Satu-satunya
perbezaan antara seorang pegawai IAS biasa dan diri saya ialah saya
perlu kekal lebih cergas, perlu bekerja lebih sedikit untuk memahami
sesuatu perkara, tetapi pertimbangan saya adalah sentiasa betul,"
katanya dengan yakin.
Tiwari memilih
kakitangan sendiri di kalangan yang sedia ada dan melatih mereka
mengikut keperluannya. Beliau biasanya menurunkan tandatangan tanpa
sebarang masalah di atas kertas selepas merasa "titik"
(gambaran) yang timbul hasil cucukan pin.
Salah seorang
pembantunya berkata Tiwari telah meneka kualiti satu bahagian dinding
bangunan setelah memukulnya dengan besi. Selepas dinding retak, dia
segera mengarahkan perobohan dan memastikan bahawa dinding baru
dibina.
Apabila ditanya, Tiwari
mengesahkan bahawa beliau sering memeriksa kualiti pembinaan dengan
cara ini dan mempercayai nalurinya tentang sesuatu yang tidak betul.
Di Umaria juga, dia
akan menyenarai pendek kakitangan peribadinya dari kalangan penjawat
awam untuk melaksanakan tugas sebagai Majistret Daerah, katanya.
No comments:
Post a Comment