Rencana "'Australia
develops much smarter phone for the blind" bertarikh 25 Julai
2014 terbit di
cntv
Telefon pintar mudah
alih untuk orang buta dan cacat penglihatan - sehingga sekarang -
bergantung hampir sepenuhnya kepada teknologi suara-ke-teks yang
tidak begitu mesra pengguna, tetapi dengan pelancaran telefon bimbit
braille pertama di dunia pada hari Khamis baru-baru ini, semua itu
mungkin berubah.
Akibat evolusi
teknologi skrin sentuh, orang buta telah begitu ketinggalan dengan
perkembangan teknikal yang luar biasa peranti-peranti mudah alih.
Menurut Brad Scoble,
Pengarah OwnFone Australia, pintu itu kini telah dibuka dengan
"telefon braille pertama yang boleh didapati secara komersial di
dunia."
"Teknologi skrin
sentuh adalah bermasalah ... "kata Scoble.
"OwnFone, hasil
rundingan bersama masyarakat orang buta dan cacat penglihatan,
membangunkan telefon mudah alih yang mudah tanpa skrin sentuh dan
yang boleh diperibadikan dengan butang braille.
Ini bukan kali pertama
pereka peranti mudah alih telah mencuba merapatkan jurang teknologi
bagi yang cacat penglihatan.
Walaupun telefon ini
menyokong panggilan, teks, navigasi GPS, pengenalan objek, dan hampir
100,000 buku audio, Tom Sunderland, pencipta OwnFone, mengatakan
bahawa mengubahsuai peranti itu menurut citarasa peribadi merupakan
masa depan teknologi untuk mereka yang cacat penglihatan.
"Butang braille
dihasilkan menggunakan percetakan 3D dan disesuaikan untuk setiap
pelanggan, yang menjadikan telefon braille OwnFone ini yang pertama
seumpamanya di dunia."
Sunderland, yang
berpangkalan di UK berkata, "OwnFone adalah yang pertama di
dunia yang menjual telefon braille yang peribadi untuk setiap
pengguna. "
Menurut Sunderland, kos
membangunkan telefon braille berbanding saiz pasaran telah sebelum
ini menjadi penghalang menghasilkan versi komersial.
"Percetakan 3D
menyediakan cara yang cepat dan mampu untuk mengatasi halangan ini,"
katanya.
Vision Australia
menganggarkan kini terdapat 357,000 orang di Australia yang buta atau
mempunyai penglihatan yang rendah. Menyediakan perkhidmatan yang
memenuhi keperluan segmen yang bukan sedikit ini telah menjadi
keutamaan kerajaan.
Skim National
Disability Insurance Scheme (NDIS) yang menimbulkan kontroversi dan
dilaksanakan pada tahun lepas (yang memberikan sokongan kepada mereka
dengan tahap kurang upaya ketara) mencerminkan komitmen untuk
memastikan perkhidmatan bagi mereka yang kurang bernasib baik dengan
kecacatan menjadi keutamaan dasar.
Pelancaran telefon ini
akan membolehkan pengguna mereka bentuk telefon braille peribadi
mereka di laman web jenama peranti tersebut.
Menurut laman web ini,
pemohon akan memasukkan tiga nama kenalan, yang kemudiannya secara
automatik ditukar menjadi braille. Nama-nama ini kemudian dicetak di
bahagian depan telefon dalam braille.
Scoble berkata,
"OwnFone memenuhi keperluan untuk telefon bimbit asas yang
memudahkan pengguna terus berhubung. Telefon pintar sering terlalu
rumit, dan bagi orang buta, tidak mesra pengguna. "
Apabila Kerajaan
Australia mengeluarkan Website Accessibility National Transition
Strategy pada tahun 2010, ia menyatakan bahawa "teknologi baru
mempunyai potensi yang besar menjadikan kehidupan orang kurang upaya
lebih baik, tetapi kita perlu memastikan bahawa ia adalah semudah
mungkin untuk digunakan bagi semua ahli masyarakat kita. "
Manakala akses digital
telah menyumbang kepada penciptaan WCAG 2.0. (Versi terbaru amalan
terbaik global Web Accessibility Guidelines), keupayaan untuk
mewujudkan komputer riba yang memuatkan kandungan braille mungkin
masih jauh.
"Telefon braille
OwnFone amat mudah untuk direka bentuk dan digunakan. Terdapat
pendail satu butang mudah, dan butang braille dipra-programkan untuk
memanggil orang yang dipilih pengguna, seperti keluarga, rakan-rakan
atau penjaga.
Scoble berkata,
"telefon braille melengkapkan OwnFone yang sedia ada untuk
kanak-kanak dan warga tua. Satu-satunya perbezaan adalah dalam reka
bentuk telefon. Kanak-kanak dan warga tua mempunyai pilihan perkataan
atau imej untuk butang, manakala orang yang buta mempunyai braille. "
Pengguna hanya boleh
membuat dan menerima panggilan telefon, dan Triple Zero (000)
sentiasa dimasukkan sebagai pilihan, jika berlaku kes kecemasan.
No comments:
Post a Comment