Rencana "'Blind
Australian weightlifter Malek Chamoun wants to win, but also inspire
" oleh Jon Ralph bertarikh 27 Julai 2014 terbit di
foxsports
Atlet berusia 25 tahun
itu akan mencipta sejarah apabila dia mengambil bahagian dalam kelas
85kg lelaki, dengan dipimpin naik ke pentas oleh bapa merangkap
jurulatihnya George.
Bekas atlet angkat
berat Australia George terkenal kerana membeli platform angkat berat
Sukan Olimpik 2000 dengan harga A$500 dalam satu lelongan untuk
melatih anaknya.
Pada masa itu Malek
yang cintakan ragbi telah didiagnosis dengan retinitis pigmentosa,
satu keadaan yang akan menyaksikan dia diisytiharkan sah buta ketika
berumur 15 tahun.
Kini menyertai Sukan
Komanwelnya yang pertama selepas tidak berpeluang di Delhi akibat
kecederaan, Malek mahu melakar sejarah dalam banyak perkara.
"Ini adalah satu
peristiwa yang besar bagi saya. Saya gembira memberi inspirasi kepada
orang lain. Saya memang sentiasa hendak pergi ke Sukan Komanwel
senenjak kanak-kanak kecil lagi dan peluang melakukannya dalam
keadaan yang sukar, adalah satu perkara yang baik,'' katanya kepada
News Corp Australia.
"Saya sangat
teruja, sangat gembira berada di sini. Saya memberi tumpuan pada
pertandingan dan berharap semua berjalan lancar pada hari tersbut.
"Saya telah
menjalani latihan dengan baik, peserta lain juga berlatih keras dan
oleh kerana itu pertandingan akan menjadi sengit. Kita lihat sejauh
mana pencapaian saya pada hari tersebut."
Bapanya George telah
diberi kelulusan sebagai jurulatih Australia supaya dia boleh
memimpin anaknya sehingga ke platform selepas kebimbangan awal
berhubung peraturan yang ada di Glasgow.
Dia pada mulanya akan
dipilih sebagai anggota kakitangan sokongan yang tinggal di kampung
sukan tetapi akhirnya telah terpilih sebagai salah seorang jurulatih
rasmi Australia.
"Saya akan
memimpin dia ke platform, rasanya tidak akan menjadi masalah,
semuanya telah diatur,'' kata George Chamoun.
"Saya amat
berbangga dengan dia, sangat teruja. Ini adalah kali pertama di sini
dan kami amat teruja.
"Kita berharap dia
mencipta sejarah, harap-harap dia mendapat pingat."
Malek berkata, dia
tidak dapat berbuat semua ini tanpa bapanya.
Setiap pengalaman baru,
setiap cabaran dilihat melalui mata bapanya.
"Boleh dikatakan
ayah bersama-sama saya ke mana-mana sahaja serta membimbing saya ke
merata-rata tempat dan menerangkan segala-galanya kepada saya,
Begitulah cara kami bekerja sepanjang masa,'' katanya.
"Dia melakukan
kerjanya, saya buat kerja saya pula dan apabila saya di atas platform
itu semuanya saya. Saya perlu mengangkat berat tetapi ayah di situ
membimbing saya. Dia seperti mata saya.
"Setiap bar
mempunyai alur jadi saya gunakan untuk kepentingan saya. Saya rasa
cengkaman dan belajar di mana letak sepatutnya dengan sentuhan. "
Chamoun tidak akan
bermain lagi untuk kumpulan ragbi Canterbury Bulldogs yang
disayanginya tetapi dia mungkin melakukan sesuatu yang lebih penting:
menjadi contoh yang cemerlang bagi orang kurang upaya dan kurang
bernasib baik.
No comments:
Post a Comment