Tuesday, 12 August 2014

Goalball: Sukan untuk yang cacat penglihatan

Rencana "'Goalball: A sport for the visually impaired " bertarikh 28 Julai 2014 terbit di wdsu











New Orleans - Hampir 70 tahun berlalu semenjak pencipta permainan ini mendapat idea, konsep yang berkembang daripada bayang-bayang peperangan. Mereka hendak membangunkan sukan untuk orang yang tidak dapat melihat. Pada hari ini, "Goalball" bukan hanya untuk anggota tentera yang telah kehilangan penglihatan mereka dalam peperangan, ia adalah untuk sesiapa yang kurang upaya penglihatan. Dan seperti yang dipelajari oleh Susan Isaacs, ia membantu mengubah dan memperbaiki kehidupan beberapa anak muda di Louisiana Tenggara.



Berlutut, Joseph Brock separas mata dengan ramai yang lain di gelanggang Harahan ini. Tetapi anak muda berumur 15 tahun yang hampir 6 kaki tinggi ini biasanya lebih jauh melangit daripada kawan-kawannya.



Joseph meminati muzik, aktif bergusti, mengangkat berat dan menyatakan dia mempunyai beberapa matlamat besar untuk dicapai, "Saya mahu bersaing dengan Shaquille O'Neal dalam bola keranjang." Dan satu perkara lagi, dia buta sejak lahir.



Hari ini dia bermain sesuatu yang agak baru kepadanya dipanggil Goalball. Dalam permainan tiga lawan tiga, pemain silih berganti membaling atau menggolek bola dari satu hujung ke satu hujung padang permainan. Pasukan lawan melakukan apa yang boleh mempertahankan gol mereka sendiri dan kemudian cuba menghantar bola kembali ke arah yang bertentangan, dan membuat jaringan! Pemain menggunakan tali yang dilekapkan dengan pita untuk membantu mereka menentukan kedudukan dan arah mana hendak dituju. Mereka juga menggunakan bola khas seberat 3-paun, lebih besar sedikit daripada sebiji bola keranjang dengan loceng di dalam supaya anda boleh mendengarnya apabila ia bergolek dan memakai penutup mata hitam supaya semua orang tidak dapat melihat dan bermain sama rata.



Joseph berkata, "Apabila anda bermula terasa sukar tetapi lama kelamaan, ia menjadi lebih mudah." Jadi saya memutuskan untuk menyahut cabaran itu. Dengan topeng dan pad lutut, saya bersedia untuk bermain. Ke hadapan dan ke belakang, ke atas dan ke bawah, Goalball jelas bukan sukan untuk yang lemah.



Heck Janice yang juga buta bekerja dengan Lighthouse Louisiana, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berdedikasi berkhidmat kepada mereka yang cacat penglihatan berkata Goalball memberikan kanak-kanak ini senaman yang hebat, membantu membina kemahiran motor dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, "Sukan memberi kesan yang besar kepada kehidupan kanak-kanak dan ia membolehkan sesebuah keluarga datang, bersorak dan terlibat bersama seperti kanak-kanak lain."



Ini merupakan satu-satunya kumpulan Goalball di Louisiana, tetapi dengan penyebaran maklumat, mereka berharap ia akan berkembang ke seluruh negeri ini. Ia juga sukan Paralimpik pertama yang direka khas untuk pemain-pemain kurang upaya.



Semua ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa bantuan daripada Harahan Lions Club. Mereka menyediakan sukarelawan dan tempat. Lions juga menganjurkan acara pemeriksaan kesihatan untuk ke sekolah, menguji pendengaran dan penglihatan pada akhir bulan Ogos di Lakeside Mall.

No comments:

Post a Comment