Rencana "US
gateway unveils app for visually-impaired passengers" bertarikh
1 Ogos 2014 terbit di
airport-world
Lapangan Terbang
Antarabangsa San Francisco telah melancarkan versi prototaip aplikasi
telefon pintar, yang boleh membantu penumpang yang cacat penglihatan
untuk menavigasi melalui terminal lapangan terbang.
Aplikasi ini telah
dibangunkan melalui Entrepreneur-in-Residence Programme Datuk Bandar
San Francisco , Ed Lee, yang memadankana pintu masuk ke California
itu dengan Indoo.rs, sebuah firma teknologi navigasi ruang dalaman
dan dibangunkan dalam masa 16 minggu.
Aplikasi prototaip
bekerjasama dengan kira-kira 500 beacon di seluruh terminal untuk
memberikan maklumat audio tentang tempat-tempat menarik, termasuk
kawasan pintu masuk, restoran, malahan kedudukan salur kuasa
elektrik.
Versi prototaip akan
menjalani ujian tambahan dan perbaikan sebelum digunakan oleh orang
awam.
Pengarah lapangan
terbang, John Martin, menjelaskan: "Inovasi baru yang terkini
ini menawarkan penumpang cacat penglihatan sesuatu yang luar biasa,
keupayaan untuk menavigasi melalui SFO secara bebas tanpa bantuan.
"Saya menghargai
kerjasama dengan Indoo.rs dan Lighthouse for the Blind and Visually
Impaired, yang berjaya dilakukan menerusi Entrepreneur-in-Residence
Programme Datuk Bandar, Ed Lee."
No comments:
Post a Comment