Thursday, 21 August 2014

Peguam Wilmington Trust yang kurang upaya penglihatan memberikan nasihat tentang kerjaya kepada pelajar

Rencana "Visually impaired Wilmington Trust lawyer offers students career advice" oleh Jen Rini bertarikh 3 Ogos 2014 terbit di delawareonline









Wilmington, Delaware - Richard Nenno suka berenang dan merupakan penggerak rakan sepasukan beliau apabila menunggang basikal tandem Beliau juga merupakan tulang belakang undang-undang amanah perbankan Delaware yang rumit . Dan dia mempunyai pandangan yang cerah dan positif terhadap kehidupan.



"Hello, nama saya Dick Nenno dan saya lelaki buta yang bekerja di Wilmington Trust," kata Nenno dengan senyum lebar membuka sesi maklumat intim dan tidak formal dengan sekumpulan kecil pelajar cacat penglihatan Jumaat itu yang tertumpu kepada tajuk mendapat pekerjaan di tempat kerja yang profesional.



Nenno, dilahirkan dengan kecacatan retina sejak lahir, telah sah buta dari segi undang-undang sepanjang hidupnya. Semasa dia masih muda, Nenno berkata beliau masih dapat melihat warna. Kini, pada usia 62 tahun, dia boleh membezakan cahaya daripada kegelapan, dan hanya garis hitam yang mengelilingi bahagian bawah kolam renang.



Nenno lulus cum laude dari Universiti Princeton dan seterusnya menerima ijazah undang-undang dari Harvard. Dia kini meraikan 32 tahun dengan Wilmington Trust, dan sekarang merupakan peguam utama amanah bank.



Beliau menggesa pelajar dari kem musim panas pra-kolej persediaan pekerjaan Center for the Blind and Visually Impaired supaya percaya pada diri sendiri, mengikut naluri mereka dan bekerja keras untuk menjadi seorang pakar dalam apa sahaja yang diimpikan.



Bukti kelayakan pada resume adalah penting, Nenno berkata, tetapi rangkaian kenalan adalah kunci untuk melangkah masuk.



"Masuk ke bilik temuduga dengan latar belakang sekuat yang [anda] boleh," Nenno menasihatkan. "Jadi majikan akan bekerjasama dengan anda. Bekerja lebih keras daripada kebanyakan pekerja yang lain. "



Data Bahagian Cacat Penglihatan Delaware setakat 2010 menunjukkan terdapat 2,103 individu secara sah buta yang tinggal di Delaware, 793 individu bermasalah penglihatan yang teruk dan 132 benar-benar buta.



Nenno memberi semangat kepada anak-anak muda itu untuk menggunakan teknologi dan juga berhubung secara berdepan. Bagi kebanyakan masa dalam seminggu itu dia menggunakan pembaca dengan bantuan komputer dan mempunyai jilid buku Braille yang begitu banyak.



Julia Seiders, 20, salah seorang pelajar, berkata dia menggunakan "JAWS", akses dengan ucapan (job access with speech), pembaca skrin popular yang memberikan pilihan ucapan dan Braille untuk kebanyakan program-program komputer atau ZoomText, program perisian yang membesarkan skrin komputer.



Deanah Sergeant, 18, dari Dover, berkata bahawa apabila penglihatan beliau mula hilang, dia mengelak daripada belajar Braille. Sekarang, bagaimanapun, setiap perkataan baru adalah suatu pencapaian.



"Ia membuatkan saya begitu gembira apabila mengetahui huruf berikutnya," kata Sergeant.



Semua pelajar teruja tentang teknologi Apple iPhone yang membolehkan pilihan "teks ke ucapan", sambil Nenno bergurau yang masih belum dikuasainya.



Mungkin tidak mudah bagi orang buta dalam dunia yang memerlukan penglihatan, kata Nenno, tetapi sekarang adalah masa untuk mengawal keadaan, maju ke hadapan dan berjaya.

No comments:

Post a Comment