Rencana "Visually
Impaired Will Benefit From New Infrared Device: Enactive Torch Helps
The Blind To 'See' Without Canes" oleh Anthony Rivas bertarikh
11 Ogos 2014 terbit di
medicaldaily
"Tongkat putih
memberikan anda banyak maklumat, tetapi terdapat beberapa perkara
yang menghampakan saya: kerusi dan meja (tongkat saya tergelongsor ke
bawah), ranting pokok (sekali lagi, tongkat saya tidak cukup tinggi),
dan retak di jalan raya (kadang-kadang tongkat saya melantun kembali,
yang menyakitkan hati)," kata pengguna laman Quora Cristina
Hartmann menjawab soalan yang bertanya apa rasanya menjadi buta.
Bergerak mungkin salah
satu perkara yang sukar dihadapi sebagai seorang buta, manakala
tongkat dan anjing pemandu benar-benar merupakan satu-satunya alat
yang mereka miliki untuk membantu - pemandu manusia kadang-kadang
tidak peka kepada keperluan mereka. Peranti baru yang dibangunkan
oleh Tom Froese dan Adam Spiers, yang pernah belajar di Department of
Cybernetics University of Reading, United Kingdom, dan diuji oleh
penyelidik di University of Cincinnati, bagaimanapun, mungkin membuka
era baru alat navigasi untuk orang buta .
Sebagai peranti pertama
seumpamanya, lampu suluh enaktif kelihatan seperti alat kawalan jauh
yang besar dihubungkan dengan wayar ke 'wristband'. Ia berfungsi sama
seperti tongkat putih. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu menyentuh
apa-apa untuk memberitahu orang yang menggunakannya bahawa ada
halangan dalam perjalanan mereka. Sebaliknya, ia menggunakan sensor
inframerah untuk mengesan objek di hadapannya, selepas itu ia
menghantar isyarat kepada 'wristband' supaya bergetar. Apabila objek
itu semakin dekat, ia bergetar dengan lebih kuat. Kajian baru ini,
yang akan dibentangkan pada konvensyen tahunan American Psychological
Association di Washington, DC, mendapati bahawa lampu suluh enaktif
berfungsi sebaik penglihatan yang normal apabila melibatkan navigasi.
"Apabila anda
membandingkan pertimbangan para peserta menggunakan penglihatan,
tongkat, dan lampu suluh enaktif, tidak ada perbezaan yang
signifikan, yang bererti bahawa mereka membuat pertimbangan yang
sama," kata Luis Favela, seorang pelajar siswazah dalam falsafah
dan psikologi di universiti itu, dalam satu kenyataan akhbar.
"Ketiga-tiga kaedah berfungsi sama. Orang ramai boleh
melaksanakan apa yang diperlukan hampir kepada tahap yang sama, sama
ada mereka menggunakan penglihatan atau deria sentuh. Saya
benar-benar terkejut."
Lampu suluh itu dapat
mengemudi peserta cacat penglihatan dengan selamat melalui bukaan
yang sama seperti pintu begitu juga dengan perkara-perkara lain.
Secara keseluruhan, 27 pelajar sarjana muda dengan penglihatan biasa
atau yang diperbetulkan ke normal diminta berjalan melalui pintu sama
ada menggunakan penglihatan normal, tongkat sementara mata ditutup,
atau lampu suluh enaktif manakala mata ditutup. Walaupun tidak jelas
bagaimana peranti itu akan berfungsi dalam situasi dunia sebenar
(apabila berhadapan kotak kadbod kosong di jalan, misalnya),
penciptaannya menunjukkan bahawa alat navigasi untuk orang buta tidak
lama lagi boleh dipertingkatkan.
Ikut Kami
Menurut Centers for
Disease Control and Prevention, lebih daripada 3.4 juta rakyat
Amerika yang berumur 40 dan lebih tua adalah sah buta atau cacat
penglihatan. Bilangan itu dijangka meningkat kepada enam juta pada
tahun 2030, apabila lebih ramai generasi baharu mengalami penyakit
kencing manis dan penyakit yang berkaitan dengan usia. Tetapi peranti
ini, atau yang diolah sepertinya pada masa depan, juga baik untuk
kanak-kanak yang membesar kurang upaya penglihatan. "Dalam
kajian saya, saya telah mendapati bahawa terdapat satu stigma emosi
yang dialami oleh orang yang mempunyai masalah penglihatan,
terutamanya kanak-kanak," kata Favela. "Apabila anda
seorang kanak-kanak di sekolah rendah, anda mahu bergaul dan menjadi
sebahagian daripada kumpulan itu. Sukar untuk melakukannya apabila
anda menggunakan tongkat putih. "
Memandangkan lampu
suluh enaktif mempunyai saiz yang sama seperti tiga hingga empat alat
kawalan jauh yang disusun bersama-sama, kanak-kanak masih perlu
membawanya ke sana sini membantu pergerakan. Walau bagaimanapun,
Favela mengatakan bahawa rupa bentuk peranti itu pada masa depan akan
"lebih kecil dan padat" supaya kanak-kanak yang
menggunakannya tidak akan menonjol, dan mungkin "merasa seperti
mereka lebih bergaul." Tetapi sebelum itu boleh berlaku, ujian
lanjut untuk menilai keupayaan membantu orang melangkah halangan atau
menggunakan tangga diperlukan, katanya.
No comments:
Post a Comment