Rencana "Mexican
Team Builds Navigation Device for Blind People" oleh Cecilia
Rosen bertarikh 1 Ogos 2014 terbit di
allafrica
Buenos Aires –
Penyelidik-penyelidik Mexico telah membangunkan satu sistem pandu
arah kecerdasan buatan untuk OKU penglihatan yang boleh mengesan
persekitaran dalam tiga dimensi.
Peranti prototaip
direka untuk membenarkan pengguna bebas bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain mengelakkan kedua-dua halangan statik dan bergerak,
dan boleh belajar mengenali warna dan bil-bil utiliti.
Ia kelihatan seperti
sepasang cermin mata yang disesuaikan dan mempunyai dua sensor yang
mengesan objek di sekeliling pengguna dengan memantulkan gelombang
ultrasonik daripadanya. Ia juga mempunyai dua kamera dan baterinya
membenarkan penggunaan berterusan selama lebih kurang empat jam.
Peranti ini juga
dilengkapi dengan GPS (sistem kedudukan global) untuk membantu
pengguna mengemudi apabila di luar rumah.
Semua maklumat
dimasukkan ke dalam komputer tablet yang memproses data imej serta
bunyi dan menggunakannya untuk mengira jarak dan membina imej tiga
dimensi persekitaran pengguna. Tablet bertindak dengan cara yang sama
dengan sebuah alat pandu arah global sesebuah kereta, memberikan
arahan dan amaran navigasi melalui fon telinga.
Tablet ini menggunakan
perisian kecerdasan buatan untuk mengenali laluan navigasi dan
tanda-tanda.
Pemaju utamanya ialah
Eduardo Bayro, seorang penyelidik di Center for Research and Advanced
Studies di Mexico. Beliau memang sudah terkenal di negaranya, setelah
membangunkan robot humanoid, yang dipanggil Mexone, pada tahun 2011.
Prototaip ini mengambil
masa lima tahun untuk dibangunkan. Dalam tempoh ini, ia telah diuji
dengan jayanya oleh sekumpulan kanak-kanak perempuan kurang upaya
pemglihatan di bandar Guadalajara Mexico. Bayro memberitahu
SciDev.Net bahawa kanak-kanak perempuan tadi telah diminta untuk
mengemudi antara lokasi yang berbeza di ruang dalam dan mengenalpasti
kad kredit tertentu, bil-bil utiliti dan nota bank.
Majlis Kebangsaan Sains
dan Teknologi Mexico telah memberikan projek sebanyak AS $ 1.7 juta
dana awam antara 2010 dan 2013.
Bayro berkata peranti
akan berada di pasaran awal tahun depan dan akan dikomersilkan oleh
syarikat yang dipanggil Qualtop.
Alat-alat yang sama
sudah wujud, termasuk prototaip berteknologi rendah yang dibangunkan
oleh pencipta di Afrika.
Tetapi Bayro berkata
peranti Mexico adalah unik dalam beberapa perkara. Sebagai contoh,
penggunaan ultrabunyi untuk mengesan halangan lut cahaya seperti kaca
dan penggunaan kecerdasan buatan untuk mengenali objek, tanda-tanda
dan tempat.
Hakikat bahawa peranti
ini akan dijadikan produk komersial juga menjadikannya penting, kata
Taihu Pire, seorang penyelidik di Laboratory of Robotics and Embedded
Systems di Universiti Buenos Aires di Argentina.
"Ini adalah produk
yang sangat menarik untuk pengguna dengan penglihatan terhad kerana
sensor yang berbeza telah digabungkan yang membolehkan mereka
mengelak rintangan dan [ada pula] GPS untuk lokasi," kata Pire.
Peranti mungkin
berharga kira-kira AS $ 1,500 apabila dijual, kata Bayro, tetapi
difikirkan boleh dibuat AS $ 300 lebih murah daripada itu selepas
perkembangan selanjutnya.
Bagaimanapun, beliau
mengakui bahawa tanpa sokongan daripada institusi-institusi awam,
peranti ini akan kekal sebahagian besarnya tidak mampu dibeli.
Katanya, beliau kini sedang "mencari program-program sosial yang
boleh membiayai akses kepada kanta di Bolivia, Cuba dan Mexico".
No comments:
Post a Comment