Sunday, 17 August 2014

Orang kurang upaya boleh mengundi dari rumah

Rencana "Disabled can vote from home" bertarikh 30 Julai 2014 terbit di radionz









OKU penglihatan dan orang kurang upaya yang lain yang tidak boleh menandakan kertas undi mereka akan dapat mengundi melalui telefon dalam pilihan raya umum pada 20 September.



Suruhanjaya Pilihan Raya berkata ia telah membangunkan perkhidmatan imlak telefon bersama-sama Blind Foundation and Blind Citizen New Zealand.



Ketua Pegawai Pilihan Raya Robert Peden berkata pada hari Khamis bahawa untuk kali pertama pengundi yang buta, yang cacat penglihatannya atau yang mempunyai kecacatan fizikal yang menghalang mereka menandakan kertas undi akan dapat mengundi dari rumah.



Encik Peden berkata suruhanjaya itu telah sekali lagi menyediakan sumber video untuk pengundi kurang upaya pembelajaran dan mempunyai maklumat yang berdedikasi dalam New Zealand Sign Language.



Tujuannya adalah untuk memastikan semua orang mendapat maklumat yang diperlukan dengan cara yang paling berkesan untuk mereka, katanya.

No comments:

Post a Comment