Rencana "First
airline to introduce Audio Description soundtracks for movies"
30 Julai 2014 terbit di
eturbonews
Emirates, penghubung
global orang dan tempat, terus menetapkan standard industri dengan
menjadi syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan Penerangan
Audio (AD) pada filem-filem untuk pelanggan cacat penglihatan di
sistem hiburan dalam penerbangannya, Digital Widesreen.
Sistem maklumat,
komunikasi dan hiburan Emirates baru-baru ini meraih anugerah
terunggul 'HIburan Dalam Penerbangan Syarikat Penerbangan Dunia' di
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax bagi tahun ke-10
berturut-turut. Sistem itu kini menawarkan runut bunyi Penerangan
Audio pada 16 filem Walt Disney Studios Motion Pictures termasuklah
Frozen, Saving Mr. Banks, Cars 2, Monsters University, The Avengers
keluaran Marvel, Toy Story 3 dan keempat-empat filem Pirates of the
Caribbean. Penerangan audio, yang semakin biasa di pawagam dan TV,
adalah penjelasan yang dirakamkan menerangkan tentang tempat kejadian
dan dimainkan di antara dialog, manakala runut bunyi filem terus
berjalan pada kadar yang biasa.
Pada tahun 2007,
Emirates juga telah bekerjasama dengan Walt Disney Studios Motion
Pictures untuk memperkenalkan Kapsyen Tertutup, teknologi yang
digunakan oleh mereka yang kurang pendengaran, buat kali pertama
dalam hiburan dalam penerbangan. Selain menunjukkan dialog pelakon
dalam sarikata, Kapsyen Tertutup juga mempunyai rujukan kepada kesan
bunyi yang digunakan dalam filem itu. Ogos ini sistem Digital
Widescreen akan menawarkan lebih 50 filem dengan Kapsyen Tertutup.
"Fokus kami bukan
sahaja jumlah dan kepelbagaian hiburan di atas kapal, tetapi juga apa
relevannya. Memudahkan hiburan diakses oleh pelanggan yang pelbagai
adalah sangat penting bagi kami. Ia adalah motivasi kami untuk
memperkenalkan filem yang boleh dinikmati oleh pelanggan yang
mengalami masalah penglihatan. Kepuasan paling besar datang daripada
usaha menyampaikan satu pengalaman pelanggan yang luar biasa, yang
diharap dipenuhi oleh inovasi yang berterusan kami. Pada masa akan
datang, kami mahu menambah lebih banyak kandungan dengan Audio
Penerangan, supaya penumpang yang cacat penglihatan boleh menikmati
pilihan kandungan yang lebih luas apabila terbang dengan kami,"
kata Patrick Brannelly, Naib Presiden Komunikasi Korporat Produk,
Penerbitan, Digital & Aktiviti Emirates.
Sistem Digital
Widescreen Emirates yang memenangi hadiah menawarkan pilihan yang
banyak dengan lebih 1,800 saluran hiburan, termasuk lebih 400 filem
dari seluruh dunia, beratus-ratus jam TV dan beribu-ribu jam muzik
dari kontemporari kepada klasik. Pelanggan yang menaiki pesawat
Airbus A380 dan Boeing 777 Emirates yang baharu kini akan dapat
menikmati sistem tersebut di skrin TV peribadi yang lebih besar
dengan resolusi HD: 27 inci dalam Kelas Pertama, 20-inci di Kelas
Perniagaan dan 12.1 inci dalam Kelas Ekonomi
No comments:
Post a Comment