Rencana "The
plight of Liberia's blind" bertarikh 7 Ogos 2014 terbit di
dw
Orang buta di Liberia
menghadapi banyak cabaran, termasuk tidak mempunyai pendapatan yang
cukup untuk meneruskan hidup dan tinggal di kediaman sementara.
Kumpulan hak asasi manusia telah menggambarkan keadaan hidup orang
buta di Liberia sebagai mengerikan.
Oleh kerana cabaran
setiap hari yang dihadapi, ditambah dengan ketidaktentuan di mana
sesuap nasi seterusnya akan diperolehi, ramai orang buta di ibu
negara Liberia, Monrovia terpaksa mengemis untuk terus hidup.
Antaranya ialah Flomo Jallah berusia 19 tahun.
"Bagi saya,
sebenarnya saya hidup di jalanan, kerana setiap hari kita datang ke
sini meminta bantuan orang ramai untuk terus hidup serta membayar
yuran sekolah dan sewa," kata Flomoh.
Orang buta di Monrovia
sering menggunakan kanak-kanak sebagai pembantu apabila mereka keluar
mengemis, walaupun ini tidak digalakkan oleh pihak berkuasa.
Tetapi tidak semua yang
buta mengemis untuk terus hidup. Ada yang menjadi penghibur. Abraham
Kamara, 25 tahun ialah penyanyi utama dalam satu kumpulan pengemis
buta di Monrovia. Mesej kumpulan itu dalam lagu-lagu mereka
bertemakan harapan dan diselitkan dengan ayat-ayat Alkitab serta
didendangkan kepada sesiapa yang mahu mendengar
Di penghujung hari
kumpulan itu berkongsi apa sahaja yang telah dikumpulkan dalam kotak
yang diletakkan di hadapan mereka dan pulang ke rumah. Abraham tidak
gembira bahawa mereka perlu melalui semua ini setiap hari, sama ada
ketika hujan atau panas.
"Bagi meneruskan
hidup, saya pergi ke jalan-jalan dan meminta bantuan daripada orang
ramai. Saya tidak suka mengemis di jalan-jalan tetapi tidak mempunyai
pilihan lain. Kami tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak,
"katanya.
Lebih banyak sumbangan
diperlukan
Untuk menangani
beberapa cabaran yang dihadapi oleh orang buta, Christian Association
of the Blind (CAB), sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan,
memainkan peranan sebagai penasihat dan mencuba memastikan bahawa
terdapat peluang yang sama untuk mereka di Liberia.
Beyan Kota, ketua CAB
dan dirinya sendiri buta, berkata organisasi mereka komited untuk
memperjuangkan hak-hak mereka yang cacat penglihatan kerana sering
didiskriminasikan dan dihina. CAB belum mampu berdikari sepenuhnya
dan bergantung kepada dana daripada penderma untuk menjalankan
aktivitinya.
"Operasi kami
bergantung kepada sokongan kemanusiaan, derma daripada individu,
perkongsian - kadang-kadang sokongan dari luar negara," katanya.
"Ia menjadi semakin sukar apabila sokongan dari luar negara
tidak diterima."
Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), Liberia mempunyai anggaran 35,000 orang yang
hidup dengan pelbagai bentuk kurang penglihatan. Ramai mengalami
katarak pada satu atau kedua-dua belah mata, yang jika tidak dibedah
membawa kepada kecacatan penglihatan dan buta.
Terdapat gambar seorang
kanak-kanak membimbing orang buta di dalam rencana tadi dengan
kapsyen "orang buta mengatakan kekurangan sokongan memaksa
mereka untuk keluar mengemis"
No comments:
Post a Comment