Rencana "'Stu's
hearing voices " bertarikh 29 Julai 2014 terbit di
philly
Saya melintasi 10th dan
Chestnut Street dan terdengar suara.
Bukan suara biasa dalam
kepala saya, dan bukan pembaca yang gembira (atau marah).
Bunyinya tidak begitu
jelas menyebut "melintas Chestnut Street."
Saya menoleh ke kiri
dan kanan. Tiada apa-apa. Kemudian saya mendongak ke atas, dan di
atas isyarat lalu lintas saya lihat sebuah kotak yang cukup kecil dan
boleh dipegang dalam genggaman tangan. Ia memberitahu saya sesuatu,
tetapi dengan bunyi bising jalan, saya tidak dapat menangkap apa yang
dikatakan. Beberapa orang yang saya tanyapun tidak tahu.
Apakah ia, dan mengapa
ia di situ?
"Ia adalah satu
isyarat pejalan kaki yang boleh didengar," jelas jurutera lampu
jalan dan lalu lintas bandar Richard Montanez, ketika kami duduk di
pejabatnya di Bangunan Perbandaran kemudian.
Ia di situ "untuk
membantu mereka yang kurang upaya penglihatan melintas jalan."
Bunyi seperti idea yang
baik. Berapa banyak yang ada?
Kira-kira 20, "biasanya
berhampiran perhentian transit," katanya.
Kenapa tidak
merata-rata?
Di sinilah ini menjadi
cerita Philadelphia, tetapi penjelasan latar belakang dahulu.
Teknologi ini bukanlah
sesuatu yang baru. Pertama kali melihat - atau mendengar - isyarat
lalu lintas amaran pejalan kaki di Loch Ness, Scotland, pada tahun
1976.
Sangat bagus. Saya
tertanya-tanya mengapa kita tidak mempunyainya di Amerika.
Walaupun Montanez bukan
ketua ketika itu, beliau berpendapat bahawa isyarat pejalan kaki
pertama yang boleh didengar di Philadelphia telah dipasang di Broad
at Cecil B. Moore, pada tahun 1997, bertepatan dengan sidang kemuncak
kebangsaan berhubungan dengan sukarelawan yang telah dihadiri oleh
Presiden Bill Clinton.
Peranti tersebut,
Montanez memberitahu saya, menggunakan suara Colin Powell untuk
mengumumkan: "Kini adalah selamat untuk melintas Broad Street"
(Pihak bandar kemudian tidak menggunakan mesej tadi , terfikir bahawa
perkataan "selamat" telah "memberi mesej yang salah,"
kata Montanez.)
Ia mungkin peranti
pertama dengan suara, tetapi ia bukanlah APS (audio pedestrian
signal) pertama. Ada satu isyarat pejalan kaki yang boleh didengar di
luar Overbrook School for the Blind, di 63rd dan Malvern, untuk
"sekurang-kurangnya 25 tahun," kata jurucakap sekolah
kepada saya.
Pada tahun 2006,
Montanez berkata, lebih banyak peranti APS telah ditambah di
sepanjang Broad Street, empat daripadanya masih kekal - di Spring
Garden, Polett Walk, Montgomery dan Diamond.
Julat kos isyarat
pejalan kaki itu adalah 'daripada beberapa ratus ringgit setiap
persimpangan sehinggalah versi yang mahal -, seperti di City dan
Cardinal Avenue. Suara di situ berkata, "Anda kini boleh
melintas City Avenue." Lokasi ini di kampus St Joe, yang
membelanjakan $25,000 untuk isyarat yang berteknologi tinggi itu.
Pendawaian satu
persimpangan bandar memerlukan lapan peranti, $80 setiap satu, dua
pada setiap empat penjuru.
Tiga isyarat di 10th
Street telah diminta oleh Library for the Blind and Physically
Handicapped, di 919 Walnut St. Pihak bandar menampung
perbelanjaannya.
Terdapat kira-kira
setengah dozen versi peranti, kata Montanez. Mereka mengeluarkan
bunyi yang berbeza - kicauan burung adalah popular - dan juga boleh
menggunakan suara manusia.
Terdapat dua sebab
mengapa peranti itu tidak lebih meluas.
Pertama, peranti
dipasang hanya selepas permintaan beberapa organisasi, "atau di
mana kita dapati ramai yang cacat penglihatan," kata Montanez,
yang menyelaras usaha beliau dengan Suruhanjaya Datuk Bandar
Berhubung Orang Kurang Upaya.
Jika anda berfikir,
seperti saya, bahawa menambah peranti adalah mudah, anda salah.
Disitulah ia menjadi cerita Philadelphia.
Tidak semua orang cacat
penglihatan mahukan peranti itu.
Bergantung kepada
pendengaran, "melintas jalan adalah satu kemahiran," jelas
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Charles Horton, dan sebahagian
masyarakat cacat penglihatan bimbang tentang kehilangan kemahiran itu
dan berada dalam bahaya kerana tidak akan ada kotak APS di mana-mana
juga.
Sesetengah orang dengan
pendengaran normal pun tidak suka peranti itu. Montanez telah
menerima aduan daripada orang yang mengatakan bahawa bunyinya terlalu
kuat pada waktu malam, walaupun sepatutnya bertukar "kepada
bunyi ambien," kata Montanez.
Inilah Philadelphia, di
mana tabiat merungut tentang sesuatu adalah hak semenjak lahir.
No comments:
Post a Comment