Rencana "'Quilt
maker doesn't let blindness stop her from doing 'God's work' "
oleh Paula Morehouse dan Tom Schultheis bertarikh 27 Julai 2014
terbit di
ky3
Branson, Missouri
Tunduk menghadap mesin
jahit, Diane Rose dengan teliti mencantumkan perca-perca kain.
"Quilt saya sangat
terperinci dan berwarna-warni kerana saya cerewet tentang warna,"
kata Diane.
Beliau telah menjahit
dan mencantumkan beratus-ratus quilt. Dengan reka bentuk terperinci
berwarna oren terang dan coklat gelap, setiap satu mempunyai cerita
yang berbeza, tetapi kecantikan mereka mungkin tidak menceritakan
segala-galanya tentang pembuat quilt ini.
"Saya mempunyai
imaginasi yang hidup," katanya.
Diane terpaksa
bergantung kepada imaginasinya - dia tidak pernah melihat satu pun
daripada hasil ciptaannya sendiri. Lahir dengan glaukoma, dia hanya
mengenali persepsi cahaya dan warna. Empat hari sebelum pembedahan
yang dapat memberinya peluang 50-50 untuk mendapatkan sedikit
penglihatan "kornea pecah tetapi jatuh semula ke retina dan
menyebabkan keadaan retina semakin merosot," kata Diane.
Dunia beliau bertukar
gelap.
Jangka waktu hampir 15
tahun berlalu sebelum warna - yang berela-ela - akan hadir dalam
hidupnya. Seorang kawan memperkenalkannya kepada seni membuat quilt,
tetapi seorang pendakwah telahpun menjangkakan itu akan terjadi
beberapa tahun sebelumnya.
"Pendakwah itu
berkata, 'Saya ingin berdoa untuk anda. Saya mahu berdoa untuk mata
anda - bukan mata fizikal anda tetapi mata rohani anda - bahawa Tuahn
akan menggunakan anda dengan cara yang sangat istimewa. Bahawa Dia
akan memberkati anda dengan bakat. Dan saya terfikir lelaki itu gila
dan teka apa yang terjadi? Lapan ratus lima puluh lima quilt
kemudian, saya masih melakukannya. "
Dia menyatakan bahawa
kerja ini masih dilakukannya, kerana ini adalah hadiah dia dari
Tuhan. Walaupun begitu, sesiapa sahaja yang berbakat, akan
memberitahu anda yang kerja ini juga memerlukan usaha yang gigih.
Seorang teman membantu beliau menyusun warna dan Diane dengan teliti
mengukur dan menyemat pin di mana dia akan menjahit reka bentuk
quilt.
Berbekalkan keberanian
dan semangat, dia tidak memikirkan mengapa.
"Saya akan
bermimpi boleh melihat dan terbangun ingin melihat. Dan selepas
beberapa lama anda sudah biasa menerimanya. Apa lagi yang anda boleh
lakukan. "
Diane, ternyata banyak
melakukan sesuatu.
Quilt beliau yang
dijual di seluruh dunia; menawarkan keselesaan dengan setiap jahitan
dan menceritakan kisah seorang wanita yang mungkin tidak mempunyai
penglihatan, tetapi dianugerahi rahmat untuk melihat.
"Apa yang saya
lakukan bukanlah apa yang saya pilih. Ini adalah satu pekerjaan yang
Tuhan beri untuk saya lakukan, dan saya amat berbangga dengan apa
yang saya lakukan untuk Dia - ini tiada kaitan dengan saya, "katanya.
"Ia berkaitan sepenuhnya dengan beliau membantu orang lain,
menggalakkan orang lain, membantu orang lain berasa seperti mereka
boleh melakukan sesuatu dengan kehidupan masing-masing."
Diane tinggal di Texas
tetapi pergi ke merata tempat sebagai penceramah motivasi. Kami
bertembung dengan dia di daerah Branson.
Ketahui lebih lanjut
tentang Diane dan lihat quiltnya di laman web beliau
theamazingquilter.com.
No comments:
Post a Comment