Rencana "New
gadget to help blind read graphs" bertarikh 30 Julai 2014 terbit
di
zeenews
Melbourne: OKU
penglihatan kini boleh membaca lebih daripada sekadar ayat dan
perkataan, tetapi juga paparan lain seperti graf dan grafik, terima
kasih kepada sistem bacaan digital baru yang berpatutan harganya.
Membuka laluan kerjaya
baru dan peluang-peluang pendidikan untuk OKU penglihatan, sistem ini
menggabungkan beberapa teknologi pengenalan corak ke dalam satu
platform tunggal dan, buat kali pertama, membolehkan matematik dan
bahan grafik diekstrak dan diperjelaskan tanpa campur tangan mereka
yang celik.
Pensyarah kanan Dr Iain
Murray dan pelajar PhD Azadeh Nazemi dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan Pengkomputeran Universiti Curtin membangunkan peranti
itu untuk mengendalikan sejumlah isu-isu kompleks yang semakin
bertambah dan dihadapi oleh OKU penglihatan apabila perlu membaca
grafik, graf, bil, penyata bank dan banyak lagi.
"Orang yang buta
sering disekat daripada laluan kerjaya tertentu dan peluang
pendidikan di mana graf atau grafik memainkan peranan yang banyak,"
kata Murray.
"Kami berharap
peranti ini akan membuka peluang-peluang baru bagi orang yang cacat
penglihatan. Ia berkisar isu yang membabitkan lebih banyak kebebasan,
dan tidak perlu bergantung kepada bantuan mereka yang celik supaya
dapat membaca bahan grafik dan matematik," kata Murray.
Peranti ini berfungsi
dengan menggunakan teknologi pengiktirafan corak dan cara-cara lain
ke atas mana-mana dokumen untuk mengenal pasti imej, graf, matematik
atau teks. Dari sini ia kemudiannya ditukar kepada format audio
dengan navigasi markup.
Murray berkata sistem
itu menggunakan platform yang sangat murah, dengan kos pengeluaran
yang dijangka serendah USD100 setiap peranti, yang membolehkan ia
dimiliki oleh ramai orang di seluruh dunia dan mudah-mudahan
menghasilkan perbezaan di negara-negara dunia ketiga.
Beliau berkata sebelum
ini terdapat banyak kaedah untuk menukar bahan grafik tetapi semuanya
menggunakan tenaga yang banyak dan secara amnya tidak mudah dipindah
milik kepada pengguna lain.
"Sistem kami mudah
dikendalikan oleh semua peringkat umur serta kebolehan dan ia adalah
sumber terbuka, bermakna sesiapa yang mempunyai kemahiran boleh
menggunakan dan mengubah suai perisian supaya sesuai dengan applikasi
mereka," kata Murray.
Pemain ini mempunyai
arahan pengguna yang telah terbina di dalamnya dan enjin suara yang
menukarkan ucapan kepada lebih daripada 120 bahasa yang berbeza.
No comments:
Post a Comment