Friday, 15 August 2014

Syarikat-syarikat permulaan membina aplikasi baru untuk OKU cacat penglihatan

Rencana "Start-ups coming up with new applications for the visually impaired " bertarikh 29 Julai 2014 terbit di economictimes









Bangalore: Pelbagai aplikasi yang membantu OKU cacat penglihatan mengemudi kedua-dua dunia digital dan nyata sedang dibangunkan oleh kira-kira setengah dozen syarikat permulaan yang juga mendapat perhatian pelabur.



Usaha ini termasuklah membina aplikasi mudah alih, pencetak braille dan peranti peribadi bersemangat dengan sokongan dasar dalam bajet negara tahun ini untuk meningkatkan pengeluaran buku teks braille dan mata wang kertas dengan tanda braille.



"Saya rasa produk (untuk OKU cacat penglihatan) akan mendapat penerimaan pasaran yang lebih besar selepas bajet," kata Sumit Dagar, pengasas Kriyate Design Solutions, yang akan melancarkan aplikasi berasaskan isyarat dan audio untuk telefon pintar yang menggunakan Google Android. Digelar, 'Simpleye, aplikasi ini akan sedia untuk dimuat turun akhir bulan ini.



Dagar, graduan National Institute of Design, yang membina prototaip untuk telefon pintar braille pada tahun lepas, berkata aplikasi terbaru ini boleh didapati secara percuma di India dan dengan langganan tahunan di seluruh dunia.



Ia akan menawarkan kemudahan menaip menggunakan braille, berita, waktu, kalendar, mesej dan juga boleh digunakan sebagai pelancar untuk membuka aplikasi lain. Beberapa usahawan seperti Dagar, melihat pasaran ini sebagai peluang pertumbuhan kerana permintaan yang meningkat untuk produk dan perkhidmatan nilai tambah untuk OKU cacat penglihatan.



Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan terdapat 285 juta orang yang cacat penglihatan di seluruh dunia, di mana hampir 90% adalah di negara-negara membangun seperti India. "Anda perlu mempunyai teknologi, (sokongan) klinikal dan pakar industri sebagai permulaan," kata Anthony Vipin Das, seorang pakar mata di LV Prasad Eye Institute di Hyderabad yang menjadi mentor kepada beberapa syarikat permulaan yang membangunkan produk-produk tersebut.



Pelajar kejuruteraan Shakthi Priyan bekerjasama dengan institut itu dan Media Labs di Massachusetts Institute of Technology untuk membangunkan pencetak braille kos rendah yang berharga serendah Rs 2,000.



Pencetak braille konvensional biasanya berharga lebih RM 1.5 lakh. Dagar, dengan syarikatnya yang telah menerima pembiayaan benih sebanyak Rs 48 lakh dari firma pelaburan yang berpangkalan di UK Echoing Green, menjangka telefon pintar braille yang sedang dibangunkan bersama-sama dengan LVPEI akan membantu pengguna menghantar dan menerima mesej teks dan panggilan dengan menukar teks kepada braille.



"Bidang ini bukan sahaja memenuhi keperluan yang besar tetapi juga boleh menjana keuntungan yang banyak," kata Padmaja Ruparel dari Indian Angel Networks yang meneroka peluang pelaburan dalam sektor ini.



Perhatian pelabur juga telah meningkat sejak Hyderabad Ducere Technologies, satu syarikat permulaan yang telah membina kasut yang boleh memberi arahan dan tip kepada penggunanya, mendapat pembiayaan kira-kira RM 12 crore awal tahun ini.



"Kebanyakan daripada 25,000 tempahan bagi produk tersebut setakat ini, adalah daripada pelanggan dengan kurang upaya penglihatan," kata Sonia Benjamin, pengurus besar komunikasi dan pembangunan perniagaan di Ducere yang mengatakan kasut pintar itu akan bersedia untuk pelancaran komersial akhir tahun ini.



Teknologi baru seperti percetakan 3D juga digunakan untuk membina aplikasi dengan keupayaan braille oleh usahawan seperti Tania Jain dan Abhinav Verma. Seseorang pelajar Naional Institute of Design, Jain bekerja dengan LVPEI tahun lepas untuk membangunkan teka-teki 3D untuk kanak-kanak kurang upaya penglihatan.



Kepingan teka-teki itu merupakan abjad-abjad individu nama sesuatu objek, dengan permukaan yang akan menyerlahkan bentuk objek apabila kepingan-kepingan itu digabungkan bersama.



Ia boleh didapati sebagai model sumber terbuka dalam talian, kepingan teka-teki boleh dicetak oleh sesiapa sahaja yang memiliki sebuah pencetak 3D. "Dorongan yang sedikit sahaja daripada para pelabur sudah memadai umtuk melahirkan keajaiban (untuk sektor ini)," kata Dagar dari Kriyate.

No comments:

Post a Comment