Wednesday, 13 August 2014

Atlet angkat berat buta Malek Chamoun tersingkir daripada persaingan selepas gagal mencatatkan sebarang keyajaan

Rencana "'Blind weightlifter Malek Chamoun knocked out of competition after failing to record a single success " oleh Jon Ralph bertarikh 29 Julai 2014 terbit di heraldsun



Ketua pasukan Australia telah berikrar untuk menyokong atlet angkat berat buta Malek Chamoun, yang mengalami tekanan selepas terkeluar daripada persaingan tanpa beraksi.

Chamoun telah menjadi salah satu inspirasi bagi pasukan Australia berdasarkan kelayakannya walaupun mengalami keadaan degeneratif retinitis pigmentosa.

Dia telah berjanji untuk memberi inspirasi kepada Australia tetapi beliau mencatatkan tiga no-lif pada 140kg dalam bahagian snatch pertandingan 85kg.

Ini bermakna beliau disingkirkan daripada pertandingan di Glasgow dan juga tidak dapat mencuba beraksi dalam pertandingan clean and jerk.

Beliau dilihat sebagai atlet yang berpeluang mendapat pingat tetapi terlalu kecewa untuk bercakap kepada pemberita selepas acara itu.

Chef de mission Australia Steve Moneghetti berkata Chamoun akan disokong oleh kesemua pasukan Australia termasuklah bapanya George, di Glasgow.

"Beliau berasa begitu hampa dan kita semua sedar tentang latar belakang kisahnya dan mudah-mudahan kita boleh bersama menyokong dia,'' kata beliau.

"Jelas kami kecewa bagi pihak beliau secara peribadi kerana dia merupakan sebahagian penting pasukan. Kita semua telah mengikuti ceritanya dan mahu dia beraksi dengan baik dan keadaan akan mengatakan bahawa ini tidak berlaku.

"Pasukan angkat berat dan seluruh pasukan akan dapat membantunya dan sekurang-kurangnya mendapat sedikit pengalaman positif hasil bersama-sama dalam pasukan."

Bapa Chamoun membeli platform angkat berat Sukan Olimpik 2000 dalam satu jualan lelong dan melihat Malek mengasah bakatnya di rumahnya di pinggir bandar Sydney.

Tetapi walaupun disenaraikan untuk mengangkat 135kg dia sebaliknya mengangkat berat bermula pada 140kg, yang terbukti halangan yang besar dalam acara yang dimenangi oleh atlet angkat berat New Zealand Richie Patterson.

"Dalam sukan anda boleh melakukan perjalanan dan kadang-kadang ia adalah adil dan kadang-kadang tidak,'' kata Moneghetti.

"Dan manakala ia satu perjalanan hebat kita semua berasa sedih tentang kesudahannya baginya. Saya yakin dia akan kembali.

Beliau adalah ahli pasukan yang hebat dan walaupun dia mungkin tidak gembira dengan prestasi yang dicapai, beliau telah meninggalkan kesan yang positif dalam pasukan.

No comments:

Post a Comment