Rencana "Garden
makeover boost for blind Rowley Regis girl" bertarikh 26 Ogos
2014 terbit di
halesowennews
Satu pengubahsuaian
taman di Rowley Regis akan mengubah kehidupan seorang kanak-kanak OKU
penglihatan yang akan boleh bermain di luar rumah untuk pertama
kalinya.
Berusia lapan tahun Mia
Bowden tidak dibenarkan bermain sendirian melepasi pintu belakang
rumah beliau di Charles Walk kerana taman itu tidak rata dan tidak
selamat untuk dia.
Tetapi pengubahsuaian
selama lima hari yang diterajui oleh Pete Jackson daripada Love2Give,
telah menukar taman itu menjadi syurga permainan untuk kanak-kanak
yang dilahirkan dengan keadaan septo-optic dysplasia yang jarang
berlaku.
Ibunya yang teruja
Katie Bowden berkata: "Ia sesuatu yang di luar dugaan,
benar-benar, benar-benar baik.
"Ia akan membuat
Mia begitu gembira dan dia tidak sabar bermain di taman dan mempunyai
lebih banyak kebebasan."
Encik Jackson
menganjurkan pertandingan amal bola sepak lima sebelah di Goals
Rowley Regis untuk mengumpul £ 2,400 membayar kos membina pagar,
pelantar, bahan-bahan, lanskap, buaian dan rumah permainan.
Dua pereka laman
profesional telah diupah melakukan kerja-kerja mahir dan sepasukan
sukarelawan, termasuk keluarga-keluarga lain yang mendapat manfaat
daripada perlawanan amal itu, telah bertungkus-lumus membantu.
Encik Jackson berkata:
"Memang hebat. Kami telah mendapat tindak balas yang hebat
terhadap rayuan untuk bantuan dan sokongan melalui halaman Facebook
dan taman itu nampak menakjubkan.
"Kami juga
menerima tawaran derma daripada individu di Belanda, Portugal dan
Australia."
Beliau menambah ucapan
terima kasih kepada penaja utama James Lane daripada Homeserve
Furniture Repair dan Rob Spears, daripada firma Keselamatan Spears
Worldwide, kedua-duanya berpangkalan di Brierley Hill, dan firma
Oldbury Arcelor Mittal.
Puan Bowden berkata:
"Setiap seorang daripada para sukarelawan dan penyokong telah
begitu berusaha melibatkan diri masing-masing, sama ada dalam
pengumpulan dana, bermain bola sepak atau membantu di sini.
"Dan pada hari
kelepasan umum Bank Holiday Isnin lalu, mereka terus bekerja walaupun
hujan ketika itu - ia amat bermakna. Kami hanya memerlukan cahaya
matahari sekarang. "
Keadaan Mia menyebabkan
dia mempunyai pelbagai kesulitan lain termasuk kekurangan hormon,
tahap gula dalam darah rendah dan migrain.
No comments:
Post a Comment