Rencana "Helping
visually-impaired in leisurely banking" bertarikh 3 September
2014 terbit di
thehindu
Ahmedabad, India -
Sekumpulan 27 orang pelajar dari Pusat Perancangan Alam Sekitar dan
Teknologi di sini telah mereka bentuk projek "kehidupan
sebenar", yang akan membantu transaksi perbankan rutin OKU
penglihatan secara lebih bebas.
"Pavilion
eksperimen" - berbentuk ikan yang dikenali sebagai pod telah
dirasmikan di GCP Business Centre di bandar ini. Menggunakan
semaksimum mungkin deria sentuhan, pod dengan dua bahagian itu
dibahagikan kepada kawasan perbankan dan kafeteria untuk OKU
penglihatan.
"Kami, sebagai
pereka, menyedari bahawa banyak yang direka hari ini tidak memenuhi
apa yang dirasai oleh [deria sentuh untuk melihat alam sekitar].
Terdapat begitu banyak maklumat visual di sekeliling kita dan kita
tidak menjumpai ruang awam yang mesra OKU penglihatan. Oleh itu, kami
mengambil keputusan untuk mereka bentuk ruang dalam atrium awam yang
mempunyai fungsi bersepadu perbankan dan masa lapang yang mengambil
kira mereka sebagai pengguna," kata nota paparan daripada
pelajar-pelajar tahun kedua Fakulti Rekabentuk.
Apabila OKU penglihatan
masuk ke dalam bank, dia akan disambut dengan peta utama dengan
pelbagai tekstur permukaan - permukaan yang berjalur atau bergerutu.
Setiap satu daripada tekstur ini sepadan dengan kawasan perbankan
atau masa lapang yang ditandakan pada peta dalam Braille. Pelanggan
kemudiannya menyentuh kawasan sekitar pod tersebut menurut tekstur.
Seorang pengurus hubungan juga diambil kira untuk memenuhi permintaan
perkhidmatan pelanggan.
"Sentuhan Yang
Lebih Manusiawi"
Struktur, yang cuba
mewujudkan rasa sebuah akuarium bagi OKU penglihatan, juga memecah
tanggapan konvensional sebuah pejabat sebagai ruang yang tertutup dan
membayangkan kawasan yang lebih terbuka di mana interaksi adalah
lebih "manusiawi dan peribadi."
Konsep reka bentuk,
yang dibangunkan dengan kerjasama Axis Bank, bermula sebagai satu
projek studio, tetapi telah diperluaskan kepada projek kehidupan
sebenar.
No comments:
Post a Comment