Rencana "Visually
impaired intern makes an impact at BiblioTech" oleh Vincent T
Davis bertarikh 17 Ogos 2014 terbit di
mysanantonio
San Antonio - Apabila
Christian Sanchez melaporkan diri ke BiblioTech Bexar County sebagai
pelatih pada bulan Jun, dia serta merta meninggalkan kesan.
Dalam masa beberapa
hari, anak muda berusia 16 tahun itu telah belajar setiap aspek
perpustakaan awam digital tersebut yang terletak di 3505 Pleasanton
Road. Tugas remaja celik teknologi ini meliputi bekerja di meja
peredaran sehinggalah sesi satu sama satu dengan pelanggan OKU
penglihatan.
Sanchez amat mahir
dengan tugas keduanya kerana dia sendiri OKU penglihatan tetapi
berbuat lebih daripada itu semasa latihan beliau, kata pegawai
perpustakaan.
Dengan menggunakan
tangan dan tongkat putihnya, dia memandu pelawat-pelawat dalam
lawatan di perpustakaan, di mana pelanggan boleh mengakses internet
dan memuat turun mana-mana daripada lebih 20,000 ebuku dan buku-buku
audio.
Beliau membantu
pelanggan daripada semua peringkat umur, cacat penglihatan dan
berpenglihatan normal, menggunakan komputer yang terletak berderet di
bawah rasuk sokongan berwarna oren di ruang yang kelihatan seperti
dek sebuah kapal angkasa.
"Ia adalah satu
langkah besar, mendapat kerja dan kemahiran hidup," kata Sanchez
pada hari terakhir. "Kami telah membuat kehidupan seseorang
lebih mudah sedikit apabila dapat membantu pelanggan dengan kecacatan
yang sama menggunakan peralatan."
Sanchez bekerja 16 jam
seminggu sebagai sebahagian daripada inisiatif Department of
Assistive and Rehabilitative Services Division for Blind Services
peringkat negeri . Rancangan itu meletakkan lapan pelajar yang diberi
gaji dalam latihan di lokasi-lokasi yang berbeza.
"Christian
benar-benar gembira semasa di BiblioTech," kata Myra Garza,
penyelaras program. "Tempat itu memang secucuk untuk dia, dan
mudah baginya kerana ia tidak terlalu jauh dari rumahnya."
Ada ketikanya dia
mendengar kanak-kanak berbisik kepada ibu bapa mereka menyatakan
keraguan tentang kemahiran beliau. Dia meneruskan kerja, menguasai
tugas-tugas beliau dengan bantuan rakan sekerja yang bercerita
tentang pengetahuannya, budi perkerti yang sopan dan kesediaannya
untuk membantu. Sanchez berkata dia menghayati rasa berkhidmat untuk
masyarakat daripada ibu bapanya, Maria dan Andrew Garza.
Tidak seperti
kebanyakan pelatih, Sanchez mengajar sebanyak mana yang dia belajar.
Dia mencipta risalah untuk paparan Braille tanpa wayar dan mencipta
buku panduan berkaitan cara menggunakan peralatan yang sesuai
termasuklah peranti akses suara atau voiceover accessibility devices.
Ketua Pustakawan Ashley
Eklof berkata dari hari pertama, Sanchez beria-ia belajar berkenaan
tugasnya.
"Dia sesuai di
sini," katanya. "Dia memang mempunyai bakat semula jadi.
Saya gembira bekerja dengan dia."
Sanchez menggunakan
kemahiran yang dipelajarinya di Texas School for the Blind and
Visually Impaired di Austin. Pada usia 11 bulan, beliau telah
disahkan menghidap glioma optik, yang perlahan-lahan mengurangkan
penglihatannya sehinggalah dia hilang penglihatan sepenuhnya pada
tahun lepas. Sebelum kehilangan penglihatannya sepenuhnya, dia
berlatih menggunakan peralatan adaptif dan bersedia untuk menggunakan
tongkat dengan memakai penutup mata semasa berjalan.
Selepas dia lulus dari
sekolah di Austin itu, Sanchez merancang untuk belajar di University
of Texas di Austin dan berharap untuk bekerja dengan komputer atau
dalam bidang perubatan.
Apabila dia tidak
bekerja, dia suka mendengar muzik, dari Lynyrd Skynyrd hinggalah
James Brown, dan menjadi sukarelawan dengan badan bukan keuntungan.
Beliau memberitahu rakan sekerja bahawa beliau ingin kembali dan
bekerja dengan mereka apabila dia pulang pada hujung minggu dan hari
cuti.
"Saya rasa sedih
meninggalkan tempat ini," kata Sanchez pada hari terakhir.
"(Tetapi) bila-bila masa mereka perlukan bantuan, saya boleh
datang."
No comments:
Post a Comment