Rencana "Blind
group ready for uphill task" oleh Ben Yuen Hui bertarikh 14
September 2014 terbit di
thestar
Kuala Lumpur: Enam
belas tahun yang lalu, Isak Ngau mendaki Gunung Kinabalu dan masih
boleh ingat rasa udara segar di wajahnya, aroma bunga dan kicauan
burung dan serangga.
Ingatan itu begitu
segar, sehinggakan Isak, yang cacat penglihatan, mahu melakukannya
sekali lagi - kali ini dengan pasukan OKU lain pada Hari Malaysia.
Beliau terkenang semula
perjalanan ke puncak tertinggi di Asia Tenggara itu sebagai sesuatu
yang sukar.
"Kami letih tetapi
teruja apabila berada di puncak. Kami berpelukan satu sama lain dan
saya menangis," kata jurulatih berusia 37 tahun di sebuah pusat
latihan untuk orang buta di sini.
Semenjak menakluk
Gunung Kinabalu, Isak sentiasa rindu hendak kembali ke gunung itu
dengan rakan-rakan buta yang lain. "Saya ingin berkongsi
pengalaman yang indah itu dengan mereka," katanya.
Oleh kerana itu, Isak,
yang berketurunan Kayan dari Baram, akan mengetuai lapan orang cacat
penglihatan - semua dari Sarawak - dalam ekspedisi mendaki gunung itu
untuk menunjukkan kasih sayang mereka kepada negara.
Tiga orang pemandu akan
membantu mereka dalam pendakian ke atas puncak setinggi 4,000m.
"Kami mahu
membuktikan kepada masyarakat bahawa orang kurang upaya adalah sama
seperti mana-mana orang lain dan dapat mencapai sasaran kami,"
kata beliau sambil menambah bahawa pendakian itu adalah satu projek
Persatuan Orang Buta Miri dan Bintulu.
No comments:
Post a Comment