Rencana "3D-printed
books make pictures real for blind children" oleh Aviva Rutkin
bertarikh 28 Ogos 2014 terbit di
newscientist
Masa untuk merasa
sendiri. Satu projek baru mencetak buku-buku Braille bergambar untuk
kanak-kanak cacat penglihatan. Setiap halaman menukar gambar daripada
buku asal ke dalam bentuk 3D bersama-sama teks tradisional Braille.
"Kelebihan
percetakan 3D sebenarnya adalah berkaitan dengan penghasilan satu
objek khusus," kata Tom Yeh, yang mengetuai Tactile Picture
Books Project di Universiti Colorado Boulder. Di penghujung tahun
ini, kumpulan Yeh akan bekerjasama dengan National Braille Press di
Boston untuk menawarkan kanak-kanak buku Dragons Love Tacos oleh Adam
Rubin dengan halaman yang dicetak khusus dengan nama kanak-kanak
dalam Braille.
Sejak beberapa bulan
lepas, pasukan itu telah menggunakan kaedah ini untuk mencetak buku
klasik kanak-kanak seperti Goodnight Moon dan The Very Hungry
Caterpillar. Buku-buku diberi kepada kanak-kanak di Anchor Center for
Blind Children Denver. Pada masa akan datang mereka berharap orang
ramai boleh mencetak buku cerita Braille mereka sendiri bergantung
pada permintaan.
Buku-buku 3D yang
dicetak perlu dijaga dengan baik, kata Alice Applebaum, Pengarah
Eksekutif pusat itu. Tetapi dia teruja tentang kemungkinan
menggunakan buku Yeh untuk membantu pelajar belajar membaca. "Oleh
kerana kanak-kanak tadi mempunyai penglihatan terhad atau tidak
mempunyai penglihatan langsung, mempunyai sebuah buku yang boleh
mereka rasa memberikan pengalaman tentang bagaimana rupa dunia ini,"
kata Applebaum.
No comments:
Post a Comment