Rencana "Lending
vision to the visually impaired" bertarikh 25 Ogos 2014 terbit
di
thehimalayantimes
Kathmandu: Dengan
kemajuan teknologi maklumat, kehidupan telah menjadi lebih mudah
untuk semua berkomunikasi melepasi sempadan geografi. Walau
bagaimanapun, penggunaan teknologi itu tidak berdaya maju untuk OKU
penglihatan. Selepas penciptaan skrip Braille, perisian seperti JAWS
dan pembaca skrin telah menjadi kawan baik kepada OKU penglihatan,
yang kini boleh menjalankan pelbagai tugas berasaskan komputer dengan
mudah.
Perisian ini bukan
sahaja membantu mereka melakukan kerja-kerja peribadi malah telah
membuka peluang di dalam profesion yang berbeza.
Terdapat dua kategori
bagaimana orang kelainan upaya menggunakan teknologi maklumat. Satu
adalah teknologi umum seperti komputer, telefon pintar, peranti GPS
dan sebagainya dan yang lain adalah teknologi bantuan yang direka
khusus untuk membantu orang kurang upaya seperti skrip Braille,
aplikasi perisian seperti pembaca skrin untuk orang buta atau skrin
pembesar dan perisian lain untuk membaca dan menulis bagi pengguna
komputer yang rendah penglihatan. Hari ini, teknologi bantuan atau
aplikasi membaca skrin adalah alat yang amat diperlukan untuk
membantu mereka yang cacat penglihatan lebih berdikari.
Kesan positif
"Orang kurang
upaya terutamanya yang kurang penglihatan tidak menggunakan komputer
khas tetapi kita menggunakan pelbagai aplikasi komputer untuk tujuan
yang berbeza," kata Subham Bhattarai, Bendahari di Nepal
Association of the Blind (NAB).
Bhattarai tidak buta
sejak lahir tetapi hilang penglihatannya pada tahun 1999. Dia
kemudian menerima beberapa latihan dalam teknologi di dalam dan di
luar negara, yang menjadikan hidupnya lebih mudah. Sekarang dia
menggunakan pembaca skrin Non Visible Desktop Application (NVPA) dan
Job Access With Speech (JAWS).
NAB juga menyediakan
beberapa latihan dan telah melatih kira-kira 1,000 orang kurang upaya
sejak tahun 2000. Oleh kerana mereka yang cacat penglihatan tidak
dapat melihat apa yang dipaparkan pada skrin, pembaca skrin
menggabungkan pensintesis pertuturan, yang membacakan maklumat kepada
pengguna melalui pembesar suara bunyi atau headphone..
Sekitar 95 peratus
daripada pengguna yang cacat penglihatan di Nepal menggunakan JAWS
for Windows, Windows I dan Dristibachak sebagai pembaca skrin. Selain
JAWS, Windows Eyes, Hal, Supernova, NVDA dan sebagainya digunakan di
seluruh dunia.
Senario yang berubah
Hira Pokhrel, yang
cacat penglihatan, mengajar pelajar kurang upaya di sebuah sekolah di
Palpa. Dia berkata, "Sebelum ini Braille sangat membantu bagi
OKU penglihatan tetapi sekarang teknologi baru telah membuat hidup
profesional lebih mudah dan membantu kami mengatasi halangan di
antara yang boleh dan tidak boleh melihat."
Menurut beliau,
teknologi hari ini membolehkan mereka yang cacat penglihatan bekerja
secara bebas. Hari ini, dia dengan yakin menggunakan pembaca skrin
dan telefon bimbit dengan bantuan perisian bersuara. Beliau
seterusnya menambah, "Satu-satunya masalah adalah tidak semua
orang selesa dengan Bahasa Inggeris dan jika perisian boleh
diterjemahkan ke bahasa Nepal maka lebih ramai orang akan mendapat
manfaat daripadanya."
Begitu juga kisahnya
dengan Santosh Sapkota, dilahirkan buta dan teknologi telah membantu
beliau menyara hidup. Sapkota bekerja di Seeing Hands Nepal, sebuah
organisasi yang bertujuan mewujudkan program latihan vokasional untuk
mengajar kemahiran urut kepada orang buta. Dia berkata, "Bergantung
kepada orang lain pada sesuatu masa adalah bermasalah tetapi
teknologi telah menjadikan saya bebas dan boleh menggunakan telefon
mudah alih serta setiap laman rangkaian sosial yang lain dengan
bantuan perisian." Menurut beliau, produk Apple hari ini
mempunyai suara melalui gerak isyarat dan peranti operasi android
telah menjadikannya lebih mudah untuk orang kurang upaya hidup dengan
teknologi.
Cabaran yang dihadapi
Hari ini,
latihan-latihan tersebut telah memberi perbezaan besar dalam
kehidupan OKU penglihatan. OKU penglihatan yang terlatih bekerja di
pejabat-pejabat kerajaan dan pelbagai institusi lain. Di Nepal,
Himprasad Gautam telah membangunkan perisian membaca bahasa Nepal
yang dikenali sebagai 'Dristibachak' dan 'Netrawani' yang membantu
OKU penglihatan mendapat akses ke atas teks yang ditulis dalam
Unicode Bahasa Nepal.
"Orang kurang
upaya tidak kurang daripada orang lain," kata Bhattarai, sambil
menambah bahawa perisian yang direka khusus untuk OKU penglihatan
membantu mereka mengatasi kesukaran.
Menurut beliau, cabaran
utama terletak dalam meningkatkan kesedaran tentang nasib orang buta
di negara ini. "OKU penglihatan perlu dilengkapi dengan
kemahiran teknikal dan pendidikan yang baik," kata beliau sambil
menambah bahawa mereka harus disediakan dengan infrastruktur asas
yang mesra untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang normal.
Sambil merujuk bahawa hanya beberapa pereka laman web mengikut Web
Content Accessibility Guideline, dia berkata, "Sekiranya mereka
mengikuti garis panduan, ia boleh membantu orang kurang upaya
melayari mana-mana laman web."
No comments:
Post a Comment