Monday, 8 September 2014

Membawa sastera antarabangsa kepada OKU penglihatan

Rencana "Bringing international literature to the blind" oleh Rana Khaled bertarikh 20 Ogos 2014 terbit di dailynewsegypt




Hala Salah Edin mengibaratkan terjemahan seperti satu bentuk tindakbalas kimia.

"Menterjemah sastera samalah seperti mencampurkan dua logam berharga ke dalam satu periuk dan meleburnya menjadi suatu bentuk baru, yang membolehkan pembaca melihat kehidupan orang lain dari perspektif yang berbeza," katanya. "Setelah cair oleh panas prejudis, pembaca dibentuk semula dengan pandangan dunia yang lebih meluas, bebas daripada penghakiman."

Idea mendedahkan orang awam kepada pandangan baharu adalah sebahagian daripada sebab Salah Edin, mengasaskan Albawtaka Review, sebuah majalah dalam talian bukan keuntungan yang mengetengahkan sastera Inggeris kontemporari dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ia juga mengilhamkan projek terbaru yang bukan berasaskan keuntungan, yang bertujuan membawa kesusasteraan antarabangsa untuk penduduk yang lebih diabaikan - OKU penglihatan Mesir.

Dengan andaian mereka tidak akan mendapat keuntungan yang tinggi, syarikat-syarikat penerbitan telah lama mengabaikan penghasilan versi audio buku dan novel. Projek Salah Edin berdedikasi memperbetulkan keadaan pada masa ini iaitu kekurangan buku untuk OKU penglihatan dengan menghasilkan kira-kira 10,000 rakaman.

Untuk projek ini, bertajuk "Bukan Chick Lit: Kisah oleh wanita biasa di dalam dan di sebalik kekacauan", Salah Edin memilih cerita-cerita yang meneroka dilema manusia pada masa ini yang terbentuk dari keadaan sosial ', katanya, meninjau kehidupan wanita dan cabaran mereka pada abad ke-21, dunia dan perspektif mereka.

"Seperti namanya, projek ini sememangnya tentang wanita tetapi ia tidak semestinya menangani wanita sahaja," kata Salah Eldin. "Saya memilih cerita-cerita ini menurut pandangan manusia, dan bukannya pandangan feminis. Ia memaparkan wanita yang hidup bergelumang dalam kemiskinan, kerenggangan, prejudis, tradisi menindas, kemusnahan, kehilangan kanak-kanak, rasuah dalam bidang akademik, perkauman dan sifat yang tidak mudah diertikan dalam muzik. "

Buku-buku audio itu akan diagihkan kepada empat institusi untuk OKU penglihatan di Kaherah dan tiga di Libya, termasuklah The Egyptian Blind Association, Taha Hussein Hall di Cairo University, Helwan University dan Fagr Eltanweer Organization di Cairo, the Association for the Blind di Benghazi (ABB), the Blind Organization and Arete Foundation for Arts and Culture di Tripoli.

Projek itu bermula sejak April 2006, apabila Salah Eldin menubuhkan Albawtaka Review, dengan harapan untuk menyebarkan sastera Inggeris kontemporari untuk rakyat biasa di dunia Arab melalui terjemahan. Albawtaka Review adalah terbitan suku tahunan dalam talian bukan keuntungan bebas bahasa Arab berkaitan dengan penterjemahan fiksyen pendek bahasa Inggeris.

Membesar di Tanta di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Tanta, pertemuan pertama Salah Eldin dengan terjemahan adalah apabila beliau hendak menterjemah teks Bahasa Inggeris An Artist of the Floating World oleh penulis novel British Kazuo Ishiguro ke dalam bahasa Arab.

Keghairahannya untuk terjemahan timbul daripada pemikirannya tentang salah satu daripada sebab-sebab utama pertempuran budaya adalah kepercayaan bahawa sesuatu yang lain adalah berbeza, dengan tingkah laku yang tidak dikenali dan tidak dapat dimengertikan, sekali gus tidak dapat dicapai. Pada pendapat beliau, menterjemahkan sastera telah mendedahkan kepalsuan kepercayaan ini, mendedahkan bahawa apa yang menyatukan kita adalah benar-benar lebih daripada apa yang memisahkan kita.

Idea untuk Albawtak, perkataan Arab yang bermaksud 'mangkuk pijar', datang kepadanya ketika dia membaca artikel pendek oleh penulis novel Mesir Youssef Zeidan dalam akhbar Alahram pada 2005, yang membincangkan kemudahan bergantung kepada internet untuk menyampaikan kandungan media.

"Saya telah menterjemah cerita-cerita selama kira-kira enam bulan [dan] gagal menerbitkannya di majalah-majalah kerana saiz yang besar," kata beliau. "Saya terfikir bahawa internet tidak mengira perkataan atau berfikir tentang nombor dan saya dengan mudah boleh menerbitkan cerita-cerita panjang yang akan dihantar ke peti masuk pengguna dalam masa beberapa minit."

Salah Eldin memilih untuk membangunkan sebuah laman web dan mereka bentuknya sendiri, selepas mengajar dirinya beberapa pengekodan asas komputer. Setakat ini, beliau telah menerbitkan 43 isu, menyampaikan biografi 105 penulis berbahasa Inggeris, dan 120 cerita terjemahan. Pada bulan Julai 2010, Salah Eldin menubuhkan Albawtaka Publishing House, yang mencetak terjemahan fiksyen bahasa Inggeris kontemporari ke dalam bahasa Arab, sebagai tambahan kepada antologi fiksyen pendek Albawtaka Review.

Bagi tempoh empat tahun pertama, Salah Eldin membiayai projek menggunakan wangnya sendiri. Tetapi, tidak lama selepas itui, projek tersebut mendapat geran daripada The Arab Fund of Arts and Culture, British Council di Kaherah dan The International Fund for the Promotion of Culture.

"Sokongan kewangan mereka memainkan peranan utama dalam penerusan dan kandungan penerbitan," katanya. "Saya tidak dapat melakukannya tanpa mereka."

No comments:

Post a Comment