Monday, 15 September 2014

Chef pelatih buta Adelaide melangkaui batasan penglihatan

Rencana "Adelaide's blind apprentice chef breaks down vision barriers" oleh Brett Williamson bertarikh 27 Ogos 2014 terbit di abc




Satu-satunya kekurangan yang dihadapi oleh chef pelatih buta Adelaide adalah daripada orang yang tidak mengambil dia bekerja bersama mereka itu sendiri, menurut bos baru Alex Kolberg baru-baru ini.

Selama dua setengah tahun Encik Kolberg mencari pekerjaan, hanya untuk diberitahu berkali-kali bahawa dia tidak dapat diberi kerja kerana penglihatan yang terhad.

Akhirnya satu pengusaha restoran Adelaide memberinya peluang dan kedua-dua mereka kini percaya ia adalah langkah terbaik yang pernah diambil.

Wajah Encik Kolberg yang berusia 20 tahun tidak lekang dengan senyuman semasa dia duduk di luar tempat kerja dan bercakap tentang kerjanya.

Encik Kolberg dilahirkan dengan gangguan genetik yang menyebabkan dia buta, tetapi dia sentiasa gemar memasak.

Selepas meninggalkan sekolah, dia menamatkan Sijil 3 dalam bidang Hospitaliti.

Dia bekerja dengan perkhidmatan pekerjaan Royal Society for the Blind untuk mencapai matlamatnya menjadi tukang masak.

"Setiap majikan yang saya kunjungi tidak mahu memberikan peluang dan beberapa orang di antaranya berterus terang mengatakan 'anda memang tidak layak," kata Encik Kolberg.

"Saya tidak bersetuju dengan itu, jadi saya hanya terus mencuba."

Beliau menawarkan diri di sebuah kafe selama satu tahun untuk membuktikan bahawa dia boleh bekerja dalam industri itu.

"Mengalah tidak menyelesaikan apa-apa - jika anda ingin mendapatkan sesuatu dalam hidup anda perlu mengambil langkah yang sewajarnya."

Enam bulan lalu Encik Kolberg bertemu Kristian Livolsi, pemilik dan ketua chef di restoran The Taxpayer di Adelaide.

Dari hari pertama Encik Kolberg berlatih untuk menyediakan hidangan.

"Dalam tempoh sebulan dua saya memasak makanan," kata Encik Kolberg.

'Saya fikir ramai yang tidak berhati perut'

Encik Livolsi tidak berselindung apabila beliau bercakap tentang mengapa dia percaya ia mengambil masa dua setengah tahun untuk Encik Kolberg mendapat pekerjaan.

"Orang ramai mempunyai pemikiran yang stereotaip ... ia hanya menunjukkan bagaimana ceteknya pemikiran seseorang," kata Encik Livolsi.

Encik Livolsi berkata pada mulanya beliau bimbang tentang beberapa aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan apabila meletakkan Encik Kolberg di dapur kecil, dikelilingi oleh periuk dan pisau tajam.

"Memang terdapat cabaran, tetapi pada masa yang sama dia mencabar dirinya jadi saya pula mencabar diri sendiri untuk membimbingnya dari satu tahap ke tahap yang lain."

Encik Livolsi ketawa teringatkan kejadian terlanggar Encik Kolberg sekali-sekala semasa mereka berdua sibuk berhampiran peralatan menggoreng yang besar.

"Pemuda ini menghadapai pelbagai halangan dan oleh kerana itu semua orang di tempat kerja sayangkan dia manakala dia pula benar-benar mempengaruhi seluruh budaya kerja.

"Saya melihat dia sebagai satu rahmat kepada perniagaan kami dan ia adalah satu kerugian besar pada orang yang tidak memberinya peluang sebelum ini."

No comments:

Post a Comment