Rencana "'Guide
dog lights up blind woman’s life in Barrie" oleh Stan Howe
bertarikh 19 Ogos 2014 terbit di
simcoe
Melissa Swales
dilahirkan buta menurut takrif undang-undang dan melakukan perkara
yang kebanyakan daripada kita ambil mudah mungkin mencabar baginya.
"Saya boleh
menonton TV dan membaca buku yang benar-benar dekat dengan muka saya.
Ia mengambil masa seketika, tetapi saya akhirnya berjaya juga,"
katanya.
Matanya sangat sensitif
terhadap cahaya. Kebanyakan orang akan menganggap apartmen beliau
gelap, tetapi ia sedang elok untuk Swales.
Bagi seseorang dengan
keadaannya, pergi ke luar pada siang hari adalah sukar. Nasib baik
dia mempunyai pembantu yang baru untuk menolongnya, Clark.
Clark, anjing jenis
labrador berwarna hitam dan berumur satu setengah tahun, telah
melalui program anjing pemandu The Lions Foundation Dog Guides of
Canada.
Program ini menyediakan
OKU penglihatan dengan anjing yang terlatih serta mampu membantu
seseorang bergerak di dunia yang dipenuhi kereta, lampu jalan dan
halangan-halangan lain.
Kerap berlaku, halangan
tersebut adalah orang yang tidak memerhatikan ke mana mereka pergi,
kata Swales.
Clark adalah anjing
ketiga Swales daripada Lions; sementara yang sebelumnya tidak begitu
sesuai dengannya.
Memadankan personaliti
dan kebolehan anjing kepada pemilik baru adalah agak mencabar.
"Saya mendapat
panggilan pada bulan April daripada yayasan itu mengatakan mereka
mempunyai anjing yang sesuai untuk saya," kata Swales.
Swales pergi ke
Oakville selama dua minggu untuk mengenali Clark, dan cuba membuat
keputusan sama ada itu adalah "anjing yang sesuai"
untuknya.
Rupa-rupanya memang dia
sesuai.
"Seolah-olah kami
telah begitu lama bersama-sama melakukannya," kata beliau.
Swales berkata banyak
kerja keras diperlukan untuk menyediakan seekor haiwan menjadi anjing
pemandu dan dia berterimakasih kepada sukarelawan yang mengambil masa
melatih Clark. "Lucy, jurulatih Clark menjalankan kerja yang
baik."
Clark telah
menyesuaikan diri dengan baik dalam kehidupan barunya di Barrie.
Dia masih mempunyai
sedikit-sedikit perangai anak anjing.
Duduk di apartmen
Swales, ketika dia hanya seekor haiwan kesayangan, beliau merapatkan
badan kepada sesiapa yang menghampirinya, suka bermain dan dibelai,
tetapi apabila pasangan ini berada di luar dia menjalankan tugas
dengan baik.
"Saya baru-baru
ini pergi ke klinik doktor gigi, dan mereka kagum bagaimana tenangnya
dia," katanya.
Swales berkata
mempunyai anjing pemandu telah benar-benar memperbaiki hidupnya.
"Pemandu kereta
lebih prihatin kerana mereka melihat Clark dan tahu bahawa saya bukan
sengaja berlengah-lengah. Apabila mereka melihat abah-abah atau
harness, mereka tahu saya cacat penglihatan," katanya.
No comments:
Post a Comment