Rencana "'Video-less'
3D games developed for blind players" oleh Claire Brennan
bertarikh 18 Ogos 2014 terbit di
bbc
Mewujudkan permainan
video yang tidak mempunyai video mungkin kelihatan seperti idea yang
luar biasa.
Tetapi konsep itu
sedang diguna pakai oleh semakin banyak pereka permainan, untuk
membantu menjadikan industri itu lebih mesra untuk orang buta dan
cacat penglihatan.
Permainan "tanpa
video" menggunakan teknik pengeluaran yang dikenali sebagai
rakaman binaural, untuk membina dunia audio sahaja.
Teknik ini melibatkan
pemasangan dummy dengan mikrofon kondenser kecil yang meniru cara
telinga kita mendengar bunyi secara semula jadi. Setiap adegan dalam
permainan direkodkan menggunakan kaedah ini dan hasilnya adalah suatu
pengalaman tiga dimensi yang lebih realistik.
Apakah teknologi
binaural?
Ia adalah satu
teknik pengeluaran bunyi yang meniru isyarat pendengaran semula jadi
yang dihasilkan oleh telinga kita
Ia menangkap bunyi
menggunakan dua mikrofon untuk merakam audio stereo "3D"
Bunyi binaural
sendiri bukanlah idea baru - satu bentuk asas stereo binaural telah
wujud sejak tahun 1881.
Penggunaan
teknologi ini yang paling terkenal ialah video penggunting rambut
atau Barber's Haircut, yang dicipta oleh pemaju perisian audio QSound
Labs pada tahun 1996
Oleh kerana tiada
grafik, pemain perlu bergantung kepada deria aural mereka untuk
mengemudi tahap-tahap permainan.
Permainan terkini dalam
genre ini baru sahaja dilancarkan oleh sepasukan pemaju kreatif di
Perancis. Mereka menggunakan kempen crowdfunding untuk mendapatkan
dana lebih daripada 40,000 euro (£ 31,000) untuk mengubah demo sedia
ada kepada prototaip yang berfungsi.
"Ia projek yang
menarik dan mengujakan," Nordine Ghachi memberitahu BBC.
Ahli teknologi yang
kreatif itu adalah sebahagian daripada satu pasukan tiga orang di
studio Dowino di Lyon, yang membangunkan permainan "Blind
Legend" untuk peranti yang boleh dipegang dengan tangan.
"Kami mahu
meletakkan pemain buta dan orang kurang upaya dalam keadaan yang sama
kualitinya dengan pemain yang boleh melihat. Itu adalah matlamat
utama kami. Itu adalah cabaran utama kami," katanya.
"Pierre-Alain
Gagne, Ketua Eksekutif Dowino, mencadangkan idea kempen crowdfunding
dan menguruskannya untuk beberapa bulan. Jerome Cattenot adalah
pengarah seni kami dan dia menjadikan seluruh permainan serta semua
persekitaran di dalamnya amat menarik. "
'Gunakan imaginasi anda
Blind Legend mengikuti
kisah seorang kesatria, yang telah kehilangan penglihatan dan
perjalanannya melalui hutan untuk membebaskan isterinya daripada
penculik yang ganas.
Permainan yang intuitif
ini membuatkannya benar-benar sebati dengan jiwa pemain. Pergerakan
watak utama dikawal menggunakan skrin sentuh, oleh itu pemain
menggerakkan kaki atau pedang watak-watak itu menggunakan gerakan
swipe yang mudah pada telefon mereka. Skrin tetap gelap sepanjang
masa bermain.
"Anda pasti perlu
memakai fon kepala untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya. Anda boleh
mendengar apa yang berlaku di sekeliling anda," kata Nordine.
"Bunyi di dalam
hutan, burung-burung yang berterbangan dan air sungai yang mengalir.
Anda dengar semua bunyi ini, dan maklumat tersebut membantu peminat
permainan video menempatkan diri mereka dalam persekitaran tadi.
"Wira itu dibantu
oleh anak perempuannya. Anda berhubung dengan dia dan mengekorinya.
Anda menggunakan imaginasi sendiri untuk menghasilkan kesan yang
diinginkan."
Ia telah diuji dengan
beberapa pemain yang mempunyai penglihatan yang sedikit atau tidak
langsung boleh melihat, dan telah mendapat sokongan daripada
badan-badan amal seperti Valentin HaĆ¼y Association.
Cerita thriller
Ini bukan kali pertama
teknologi binaural telah digunakan dalam kapasiti sedemikian.
Pada tahun 2010 studio
permainan British Somethin 'Else, melancarkan Papa Sangre - satu
thriller yang menggunakan audio sahaja, dan tidak mempunyai apa-apa
grafik di dalam permainan. Ia terbukti amat popular, terutamanya
dengan pemain OKU penglihatan, dan syarikat itu terus mengeluarkan
beberapa permainan susulan.
Robin Spinks, dari
Royal National Institute of Blind People, berkata pembangunan
permainan seperti itu adalah satu peluang masuk ke dalam satu
"pasaran besar". Terdapat dua juta OKU penglihatan di UK -
dan 285 juta di seluruh dunia.
Pengalaman permainan
seperti ini mengenepikan halangan yang dihadapi oleh OKU penglihatan
setiap hari," katanya.
"Ia begitu
inklusif. Kebanyakan OKU penglihatan terhalang daripada mengakses
banyak kandungan permainan. Permainan seperti ini menetapkan tahap
yang perlu dicapai oleh pemaju-pemaju permainan yang lain.
"Kami telah
menghabiskan banyak masa cuba menggalakkan pemaju app mewujudkan
aplikasi yang boleh diakses. Ini sebenarnya sangat mudah.
"Salah satu sebab
utama ini tidak berlaku adalah kekurangan kesedaran. Pemaju tidak
berhubungan dengan OKU penglihatan yang menggunakan aplikasi dan
permainan mereka. "
'Mengasingkan dunia
Kekurangan
keterangkuman adalah masalah yang amat biasa kepada Nathan Edge.
Peminat permainan video
yang berusia 20 tahun dari Mansfield cacat penglihatan sejak kecil,
tetapi kehilangan penglihatan sepenuhnya dalam beberapa minggu
kebelakangan ini.
Beliau memberitahu BBC:
"Ia kadang-kadang boleh menjadi dunia yang sangat mengasingkan.
Anda juga mahu melakukan perkara yang orang lain lakukan. Ia
memberikan anda sesuatu untuk dikongsi dengan rakan-rakan.
"Saya tidak boleh
bermain mana-mana permainan video berasaskan teks yang pernah ditemui
sebelum ini. Saya amat kecewa dalam usaha mencari permainan yang
boleh digunakan. "
Nathan merasa begitu
terkilan sehinggakan dia menulis kepada sebuah syarikat permainan
terkenal mengadu tentang kurangnya pilihan permainan yang boleh
digunakan olehnya. Beliau berkata dia gembira syarikat-syarikat bebas
yang lebih kecil telah mengisi jurang tersebut.
"Saya terserempak
Papa Sangre II pada hujung minggu dan tidak boleh berhenti bermain.
"Saya biasanya
tidak berkongsi perkara-perkara seperti itu di Facebook atau Twitter,
tetapi saya telah memberitahu semua orang mengenainya.
"Memang satu
berita besar mendengar pemaju-pemaju permainan yang lain membuat
perkara yang sama. Semakin banyak pemaju yang melakukannya lebih
baik. Amat melegakan nanti."
Nordine mendakwa orang
seperti Nathan berada di barisan hadapan fikirannya apabila
membangunkan Blind Legend.
"Kebanyakan studio
membangunkan permainan dahulu dan kemudian cuba membuatnya mudah
digunakan," katanya.
"Tetapi membuatnya
supaya mudah digunakan oleh OKU penglihatan adalah keutamaan kami.
Kami ingin membangunkan permainan yang mengubah tingkah laku dan
sikap ramai terhadap subjek seperti kecacatan.
"Kami juga mahu
memastikan alam sekitar dan atmosfera permainan berada pada tahap
yang sama seperti yang diharapkan oleh pemain yang melihat. Ia
benar-benar adalah permainan untuk semua orang. "
Blind Legend adalah
percuma untuk dimuat turun - sama ada dalam bahasa Perancis atau
Bahasa Inggeris - di iTunes pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment