Rencana "How even
the blind can see the sights on holiday" bertarikh 3 September
2014 terbit di
yorkshirepost
Ia telah mengambil masa
10 tahun perjalanan ke lebih 60 buah negara, tetapi Amar Latif
akhirnya menemui destinasi percutian yang sempurna.
Apabila usahawan Leeds
itu menubuhkan syarikat pelancongan Traveleyes satu dekad yang lalu
untuk membolehkan orang buta dan cacat penglihatan menikmati
perjalanan bebas, dia tidak tahu ke manakah usaha tersebut akan
membawanya.
Encik Latif, yang
kehilangan penglihatannya akibat keadaan genetik 20 tahun yang lalu,
mula mewujudkan cuti yang menarik dengan melawat setiap destinasi
sendiri, dengan bantuan daripada pembantu yang boleh melihat.
Kunci kepada pengalaman
perjalanan yang menarik adalah komentar berterusan yang disediakan
oleh pelancong yang boleh melihat, katanya.
Meraikan ulang tahun
ke-10nya, syarikat itu kini menawarkan di antara lain percutian
berlayar di Greece, berjalan di gunung Rila Bulgaria, dan berski di
Perancis.
Dia bergurau bahawa
"membawa bersama-sama satu set mata" dalam bentuk pelancong
yang boleh melihat adalah bermanfaat kepada kedua-duanya kerana
pelanggan yang boleh melihat mendapat diskaun.
"Apabila kita
memilih sesuatu destinasi, kita tidak memilihnya kerana ia boleh
diakses, tetapi lebih kerana sama ada menarik untuk kedua-dua orang
buta dan yang boleh melihat.
"Kemudian kami
pergi ke sana untuk melihat bagaimana membuatnya boleh diakses.
"Destinasi itu
perlu menarik bagi orang buta dan yang boleh melihat kerana separuh
daripada pelanggan kami adalah yang boleh melihat."
'Ujian perjalanan'
kebanyakannya dibuat oleh Amar dan dia juga bertindak sebagai
'pengurus pelancongan' bagi memastikan pelanggan mendapat yang
terbaik daripada percutian tersebut.
Dia telah lupa berapa
banyak negara yang dilawati tetapi mungkin "di antara 60 dan
100" dan jumlah sebenar perjalanan adalah kira-kira 400.
Encik Latif telah
memperbaharui pasportnya sebanyak tiga kali apabila muka surat di
dalamnya penuh dengan kertas dan setem visa.
Baru-baru ini satu
perjalanan pencarian maklumat membawanya ke pulau Lefkas Greece untuk
satu pengalaman pelayaran dan pada bulan depan 26 orang pelanggan
akan menemui apa yang ditawarkan.
Beliau berkata:
"pelayaran itu luar biasa. Berlayar dari pulau ke pulau, dengan
laut yang tenang indah, kami berhenti di pulau-pulau yang mempunyai
bilangan penduduk yang kecil.
"Saya dapat
merasakan dari mana angin itu datang dan bahang matahari di belakang
badan saya, memang indah."
Pekerjaannya telah
membawa dia ke Zambia, Itali, Zimbabwe, Afrika Selatan, Australia,
India, Amerika Syarikat dan Mexico.
Tetapi, selepas banyak
berfikir, dia percaya Cuba adalah destinasi percutian yang sempurna.
"Muzik salsa,
cahaya matahari, perjalanan menggunakan kereta 1950-a, rum,
kilang-kilang cerut - dan suasana yang santai.
"Ini adalah tempat
visual tetapi pelancong kami yang boleh melihat mengisi ruang
maklumat dalam pemandangan - ia adalah satu perkongsian"
Lebih hampir di sini,
perjalanan ke Bronte Parsonage Museum di Haworth dan Keighley and
Worth Valley Railway telah terbukti popular dengan pelanggan dari
Itali, Australia dan Kanada. Selepas sedekad perjalanan, lelaki
berusia 39 tahun ini berminat melawat lebih banyak tempat dan telah
menambah Cornwall dan Bath ke senarai hasrat beliau.
Sebagai pengembara
buta, bukan semua perjalanan berjalan dengan baik. Semasa perbualan,
dia kadang-kadang diabaikan orang dan mereka hanya bercakap dengan
pembantunya tetapi Encik Latif menggunakan humor untuk meredakan
keadaan janggal.
Beliau berkata: "Saya
suka mengubah pandangan orang ramai terhadap kebutaan. Apabila orang
bertemu dengan OKU penglihatan untuk pertama kalinya, mungkin mereka
tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya. Saya lebih suka
menjelaskan, daripada mengeluh. Dan jenaka boleh menenangkan
keadaan."
No comments:
Post a Comment