Rencana "Some
leaders are daft" oleh Zaid Ibrahim bertarikh 7 Julai 2014
terbit di laman blog
zaid
Saya tahu ini adalah
bulan Ramadan yang mulia apabila kita harus kuat dan berupaya
membendung perasaan, keinginan dan kemarahan kita. Kita harus
sederhana dalam tingkah laku dan bahasa. Kita mesti berupaya untuk
mengatasi semua godaan dan mengekalkan peribadi kita sebagai orang
Islam yang baik walaupun tanpa makanan, air dan hiburan dalam tempoh
masa yang panjang.
Tetapi sebagai manusia
saya mempunyai kelemahan sendiri, dan oleh itu saya tidak boleh
mengelak tetapi menerangkan tentang beberapa tindakan pemimpin Islam
saya tidak lain tidak bukan adalah:bodoh. Saya merujuk kepada
pelbagai jenis arahan mereka yang lazim dibuat pada bulan suci ini.
Terkini dari Kedah dan Jakim adalah untuk mengharamkan semua
kedai-kedai makan Muslim daripada membukanya sebelum pukul 3 petang.
Kedah mengugut untuk membatalkan lesen mana-mana kedai orang Islam
yang melanggar perintah itu.
Saya berasal dari Kota
Bharu, dan biasa dengan sekatan ini. Kerajaan negeri PAS
memperkenalkan peraturan ini beberapa tahun yang lalu, di samping
langkah-langkah lain yang dikatakan Islam seperti kaunter di pasar
raya yang berasingan bagi lelaki dan wanita, dan menjadikan dewan
pawagam cerah supaya penguatkuasa agama boleh mengenal pasti dan
menangkap sesiapa yang berpegangan tangan atau melibatkan diri dalam
kegiatan-kegiatan lain yang "dilarang".
Mengapa Kedah dan Jakim
mengikuti jejak Kelantan? Menurut kerajaan negeri, Kota Bharu
merupakan bandar Islam dan mungkin boleh dimaafkan kerana mengikut
amalan yang ditemui di Arab Saudi, mereka makan sepanjang malam dan
tidur di siang hari. Tetapi hanya kerana orang Arab berkelakuan
seperti ini tidak bermakna orang Melayu perlu mengikutnya. Orang Arab
mempunyai cara yang pelik mengamalkan dan memahami Islam. Mereka
menutup kedai-kedai di siang hari tetapi membukanya sepanjang malam;
mereka tidak membenarkan wanita memandu; mereka mengahwinkan
kanak-kanak perempuan yang masih remaja; mereka membunuh antara satu
sama lain, walaupun di bulan puasa; mereka mengebom tempat-tempat
suci dan meragut nyawa yang tidak berdosa tanpa rasa apa-apa.
Amalan-amalan dan gaya hidup ini tidak perlu diwajibkan bagi umat
Islam di sini.
Ketika saya masih muda,
pelajaran agama diajar di sekolah dan Ustaz kami akan menjelaskan
peraturan-peraturan yang perlu dituruti oleh orang Islam. Beliau
memberitahu bahawa kami mesti berpuasa supaya tahu apa yang dirasai
golongan miskin dan menderita. Saya memberitahunya bahawa saya sangat
miskin dan sudah tahu apa rasa kelaparan dan kesakitan. Dia
kemudiannya berkata, puasa adalah baik kerana ia mengajar kita
disiplin yang diperlukan untuk mengawal diri, emosi dan keinginan
seseorang. Pendek kata, ia membina peribadi. Penjelasannya mengujakan
saya, dan sehingga hari ini saya berterima kasih kepada Ustaz itu
kerana memberikan kami sebab yang tepat untuk berpuasa.
Puasa adalah tentang
disiplin diri dan keupayaan untuk menahan ketidakselesaan tanpa rasa
sakit hati. Tidak seperti pemimpin Muslim sekarang yang bodoh, Ustaz
saya lebih berminat membentuk umat Islam menghargai nilai terpendam
puasa itu yang perlu bagi pembentukan peribadi. Ustaz saya mahu umat
Islam menjadi kuat dari dalam dan berpuasa kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin sekarang hanya berminat
menggunakan hukuman untuk memastikan semua orang menurut apa yang
disuruh, supaya dunia dapat melihat betapa Islamnya kita.
Pemimpin-pemimpin bodoh ini tidak peduli jika orang Islam berpuasa
kerana takutkan undang-undang atau kerana kedai-kedai ditutup. Mereka
tidak peduli apa yang dirasakan orang Islam tentang puasa atau jika
nilai sebenarnya dihargai. Selagi umat Islam tidak makan, maka
pemimpin-pemimpin ini gembira.
Jika mereka tidak
begitu bodoh pasti mereka akan percaya umat Islam mampu berpuasa
secara sukarela. Mereka akan menumpukan perhatian mengajar tentang
kebaikan berpuasa, supaya orang berpuasa berdasarkan kepercayaan dan
bukan ketakutan. Tetapi tidak-pemimpin hanya berminat menghukum.
Semakin banyak hukuman, lebih baik.
Tidak hairanlah umat
Islam hari ini merupakan kelompok paling lemah, masyarakat paling
miskin dan paling terpinggir di dunia. Pemimpin-pemimpin mereka tidak
tahu bagaimana hendak memupuk nilai-nilai yang betul atau membantu
membina peribadi pengikutnya. Sedikit sangat masa yang diluangkan
untuk pendidikan, untuk mempelajari langkah-langkah praktikal yang
perlu diambil oleh umat Islam untuk diri sendiri dan negara mereka.
Ajaran mereka begitu berbeza daripada kaedah yang diambil oleh Ustaz
saya, yang memberikan ruang untuk perbincangan supaya kita boleh
berhujah dan berfikir tentang aspek-aspek penting dalam agama.
Mereka tidak yakin
saudara yang seagama boleh menemukan sendiri cara yang terbaik untuk
menguruskan kehidupan masing-masing. Mereka tidak yakin umat Islam
boleh berpuasa secara sukarela, walaupun kedai-kedai dibuka sebelum
pukul 3 petang. Mereka tidak peduli bahawa kebanyakan orang Islam
menyara hidup dengan menjual makanan. Mereka tidak peduli bahawa,
jika dibenarkan untuk dibuka lebih awal, pengusaha Muslim mempunyai
peluang mendapat pendapatan lebih oleh kerana orang bukan Islam juga
makan di gerai tersebut. Bukannya sewa yang dibayar dan yuran lesen
yang dikenakan ke atas mereka akan dikira secara pro rata dan
dipulangkan kepada pengusaha nanti.
Pada pemimpin-pemimpin
ini, adalah tidak cukup bahawa Allah Maha Mengetahui dan akan
melakukan apa yang terbaik dan saksama untuk kita semua di akhirat.
Mereka masih merasa wajib menunjukkan betapa Islamnya mereka. Saya
tahu mereka mungkin akan berkata bahawa saya menghina Islam dengan
artikel ini tetapi-saya hanya menghina mereka.
No comments:
Post a Comment