Saturday, 26 July 2014

Kasut pintar untuk membantu mereka yang cacat penglihatan bergerak dilancarkan oleh sebuah syarikat baharu di India

Rencana "Smart shoes to help visually impaired get around debuted by Indian start-up” oleh Caroline Preece bertarikh 24 Julai 2014 terbit di itpro







Kasut pintar baru yang direka oleh sebuah syarikat di India mungkin menjadi sesuatu yang akan meledak popular pada masa akan datang dalam teknologi yang boleh dipakai.



Kasut pintar yang direka untuk membantu mereka yang cacat penglihatan bergerak lebih mudah telah diumumkan oleh syarikat Ducere Technologies Pvt.



Kasut ini adalah contoh terbaru teknologi yang dapat dipakai dan berpotensi berjaya.



Kasut bluetooth, digelar Lechal, selaras dengan aplikasi Google Maps pada telefon pintar anda dan bergetar apabila pemakai perlu bertukar arah atau tiba di destinasi yang dikehendaki.



Apabila tiba masanya untuk membelok ke kanan atau kiri, pemakai akan merasa getaran - satu ciri yang sangat berguna bagi pengguna cacat penglihatan yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada penggunaan tongkat ketika berjalan.



Krispian Lawrence, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, berkata: "Kasut ini adalah lanjutan daripada badan manusia. Anda mungkin akan meninggalkan rumah tanpa jam tangan atau gelang tangan, tetapi anda tidak akan meninggalkan rumah tanpa kasut. "



Sebagai tambahan kepada fungsi membantu orang buta dan yang kurang upaya penglihatan, kasut itu juga dijangka boleh menjadi aksesori menarik untuk pejalan kaki dan pelancong yang mahu mengemudi perjalanan tanpa perlu sentiasa memeriksa telefon mereka. Mereka boleh mencari jalan dengan hanya menurut getaran setelah menyelaraskan kasut ke Google Maps.



Pengesan kecergasan telah menjadi sangat popular, dan kasut Lechal (yang bermaksud "bawa saya bersama-sama" dalam bahasa Hindi) boleh menjadi alternatif yang menarik berbanding jam tangan pintar dan gelang tangan.

No comments:

Post a Comment