Rencana "The light
at the end of the tunnel" bertarikh 24 Julai 2014 terbit di
thehindu
Kami meminta anda
menamakan satu perkara yang akan membuat sekolah anda lebih mesra
kepada yang kurang upaya penglihatan.
Berikut ialah beberapa
jawapan yang diterima:
Saya merasakan bahawa
bukan infrastruktur yang menjadikan mana-mana sekolah mudah diakses
oleh pelajar cacat penglihatan tetapi guru khusus untuk menangani
pelajar-pelajar keperluan khas. Jika kurikulum dan aktiviti-aktiviti
lain boleh memenuhi keperluan kumpulan ini maka tiada apa yang boleh
menghalang mereka daripada mencapai kejayaan cemerlang dalam
kehidupan masing-masing. Secara keseluruhan, andai kata sekolah saya
boleh menyediakan seorang guru seperti Cik Sullivan, maka setiap
pelajar cacat penglihatan akan menjadi Helen Keller atau John Milton.
Vishal Kulkarni
Class X, KV Bijapur
Apabila melihat di
sekeliling bilik darjah dalam sekolah saya, saya segera mengerti
bahawa papan yang digunakan di sini boleh digantikan dengan rak-rak
buku penuh dengan buku-buku Braille yang membolehkan mereka yang
cacat penglihatan membaca dan belajar.
Eupho.C.J,
Excel Central
School, Thiruvattar
Di sekolah seperti yang
saya hadiri iaitu bukan sebuah sekolah untuk pelajar buta, pelajar
cacat penglihatan mungkin berasa sukar untuk bergerak. Jadi perkara
pertama yang boleh diubah ialah menukar tangga menjadi ramp untuk
menghalang pelajar-pelajar buta daripada tersandung. Papan tanda
dalam Braille juga boleh dipasang supaya pelajar dapat membaca
arahan.
Sohail Sanjay
Moideen,
St. Paul’s
International School, Kalamassery.
Kurikulum perlu diajar
menggunakan audio dan bukan dengan kertas bagi pelajar kurang upaya
penglihatan. Sebagai ganti menulis nota, pelajar kurang upaya
penglihatan boleh belajar sukatan pelajaran mereka dengan mendengar
maklumat yang direkodkan dalam pemain audio. Peperiksaan bertulis
boleh digantikan dengan ujian lisan. Saya percaya perubahan ini akan
memberi manfaat kepada pelajar kurang upaya penglihatan dalam
pendidikan mereka.
Athira Sivadas
Class VIII,
Bharatiya Vidya Bhavan Pottore, Thrissur
Perubahan utama yang
perlu dilakukan di sekolah untuk menjadikannya lebih mesra pelajar
cacat penglihatan adalah dengan mengekalkan persekitaran yang tidak
bising, kerana ini boleh membantu mereka menumpukan perhatian kepada
pendengaran. Meletakkan jalur di laluan pejalan kaki juga akan
membantu mereka berasa laluan, yang membolehkan pelajar-pelajar itu
lebih berdikari.
Subathradevi.S,
Class X, Alwin
Memorial Public School
Sekolah kami boleh
membuat persiapan untuk komputer dengan teknologi yang bertambah baik
dilengkapi pembaca skrin. Teks, gambar dan filem yang disimpan di
dalam komputer boleh dihantar melalui isyarat yang akan dilihat dan
dianalisis oleh pelajar yang cacat penglihatan melalui antara muka.
K.Akhil Vasanth
Class VI, Pushpalata
British International School, Tirunelveli
No comments:
Post a Comment