Rencana "Why
threaten a Malaysian genocide?" oleh Hafidz Baharom bertarikh 8
Julai 2014 terbit di themalaysianinsider
Terdapat satu
kepercayaan yang menebal apabila setiap kali sekelompok rakyat
Malaysia bercakap, kita perlu diingatkan tentang 13 Mei 1969, buat
sekian kalinya. Bagi pembaca yang tidak mengetahui apa-apa dan yang
tidak menonton filem Tanda Putera, tarikh ini adalah titik hitam
untuk generasi rakyat Malaysia yang lebih tua yang hidup semasa
rusuhan kaum di beberapa tempat di Malaysia.
Puncanya? Menurut
sesetengah orang, kejadian ini berpunca daripada perarakan kemenangan
politik yang tidak mengikut laluan yang telah dipersetujui
disemarakkan pula dengan gerombolan pengacau yang tahu isu apa yang
akan menaikkan darah pihak lawan. Menurut orang lain, ia adalah
akibat keangkuhan, pembunuhan, hukum rimba dan parang.
Kesannya? Wajah Tunku
Abdul Rahman sedang menangis meletakkan jawatan, keperluan menangani
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum melalui Dasar Ekonomi Baru dan
peringatan sepanjang waktu bahawa kita perlu ingat tarikh itu sebagai
petanda bagaimana sesuatu kejadian boleh menjadi begitu buruk..
Hakikatnya, saya
seorang lelaki 80-an; lebih tepat lagi tahun 1983. Saya tidak
mempunyai pengalaman hidup dalam kengerian pendudukan Jepun,
Pemberontakan Komunis atau rusuhan kaum tahun 1969. Dan
berterus-teranglah, tidak juga majoriti penduduk Malaysia masa ini.
Adakah anda tahu
kengerian apa yang dihadapi hari ini?
Tidak dapat mencari
pekerjaan, tidak dapat memiliki sebuah rumah, tidak dapat memberi
makan keluarga kita tanpa pekerjaan tambahan, mengeluarkan anak-anak
dari sekolah kerana kita tidak mampu, melihat lembu dan kepala babi,
ayam yang telah mati dan itik disembelih setengah mati yang digunakan
untuk mengancam orang lain.
Kengerian lain
termasuklah "ungkapan" mengancam pemenggalan leher dalam
menghormati agama yang mendukung keamanan, menghapuskan soup
kitchen untuk gelandangan dan membayar denda RM150 jika anda
didapati memberi sedekah kepada orang miskin di Kuala Lumpur.
Dan ini, sudah tentu,
tanpa membaca berita bagaimana remaja dipukul sehingga mati oleh
bapanya, kanak-kanak terbiar di pangsapuri yang tidak terurus oleh
ibunya yang menghadapi pelbagai masalah dan ibu bapa yang tidak ambil
endah meninggalkan anak-anak dalam kereta dengan enjin yang masih
hidup tanpa bimbang sedikitpun bahawa mereka mungkin diculik dalam
rompakan kereta yang tidak diduga.
Inilah kebimbangan
generasi 80-an, manakala generasi 90-an kini melihat peningkatan kos
hidup dan ketidakupayaan untuk mendapat pekerjaan sepenuh masa yang
bermakna sambil membaca di akhbar-akhbar bagaimana pembaziran dana
awam melibatkan berbilion-bilion ringgit.
Namun,bukannya kerajaan
yang diketuai oleh mereka yang waras dan terpilih menangani isu-isu
ini yang kita perolehi, kini kita terpaksa pula berhadapan dengan
ancaman pembunuhan beramai-ramai di Malaysia?
Itulah yang benar-benar
diperkatakan, jangan silap. Ancaman-ancaman yang disifatkan oleh
sesetengah menteri sebagai "peringatan" tidak begitu banyak
persamaan dengan 13 Mei tetapi lebih kepada kejadian di Rwanda.
Sebab saya katakan
demikian adalah mudah: Laporan berita jelas menunjukkan bahawa hanya
satu kumpulan etnik telah bertindak seperti samseng sejak 2008.
Selain daripada perhimpunan Hindraf, tidak ada kejadian yang
membabitkan kumpulan etnik lain di Malaysia serta yang mengambil
bahagian dalam satu gerombolan yang berakhir dengan ancaman atau
keganasan.
Anda boleh lihat
peristiwa rusuhan Ibu Pejabat DAP, serangan ke atas dewan perhimpunan
negeri Pulau Pinang, jeritan di Ibu Pejabat di PKR oleh ahli-ahlinya
sendiri, perarakan kepala lembu di Shah Alam, Bersih semasa benteng
dijatuhkan, serangan ke atas penunjuk perasaan Lynas di Kuantan -
lihat setiap contoh sejak enam tahun yang lalu dan katakan saya
salah.
Dan apa yang paling
dahsyat tentang semua ini adalah - dan memang menakutkan saya untuk
mengakuinya - jika apa yang dipanggil ancaman ini diteruskan,
majoriti senyap akan sama ada berdiam diri atau turut serta.
Sementara itu, mereka yang menunjukkan kemungkinan ancaman seperti
itu dianggap ahli teori konspirasi, pengkhianat bangsa atau pemaaf
berdarah campuran.
Perasaan takut inilah
yang mendorong saya untuk menulis bahawa masyarakat Melayu perlu
bersuara terhadap pelampau-pelampau tersebut. Dan walaupun ramai
orang Melayu mungkin merasakan ini satu surat meminta maaf kepada
masyarakat bukan Melayu tanpa sokongan kumpulan kaum saya sendiri,
saya benar-benar tidak peduli.
Kerana ia perlu
diperkatakan. Kerana menentang ancaman pembunuhan beramai-ramai di
Malaysia perlu diucapkan. Seperti apa yang dikatakan dengan begitu
tepat oleh seorang bapa saudara saya, tidak akan ada yang menang
sekiranya ancaman satu lagi 13 Mei terjadi, kerana kita semua akan
menjadi mangsa.
Dan sekarang
sekurang-kurangnya satu lagi lelaki Melayu bersuara pada masa ini,
yang saya anggap satu misi yang telah tercapai.
No comments:
Post a Comment