Rencana "Blind
singer learns visual art of conducting a choir" bertarikh 24
Julai 2014 terbit di
BBC
Bagaimana hendak
memimpin koir jika anda tidak dapat melihat nota muzik atau pemain
muzik yang berada di hadapan?
Bagi penyanyi opera
buta Victoria Oruwari ini adalah cabaran yang dihadapinya apabila dia
menyertai empat pemuzik cacat penglihatan lain yang telah
bersama-sama menghadiri satu masterclass memimpin koir sebelum secara
terbuka memegang baton dan memimpin persembahan muzik yang dipilih
mereka sendiri di Wigmore Hall London.
Dikendalikan oleh Royal
National Institute of Blind People, kelas itu bertujuan membantu
pemuzik buta dan cacat penglihatan mendapat pemahaman yang lebih
banyak tentang peranan seorang konduktor muzik dan juga memberikan
mereka peluang belajar daripada salah seorang yang terbaik dalam
bidangnya di negara ini.
Victoria buta
sepenuhnya dan mengatakan bahawa, apabila membuat persembahan, dia
tidak pula berfikir tentang apa yang konduktor lakukan. Oleh itu
untuk menguasai kemahiran dalam masa satu hari adalah satu cabaran,
terutamanya kerana dia perlu belajar isyarat-isyarat rumit dengan
sentuhan.
No comments:
Post a Comment