Rencana "Visually
impaired students learning important life lessons" oleh Marc
Stempka bertarikh 24 Julai 2014 terbit di
wjactv
State College, Pa -
Pelajar buta dan cacat penglihatan belajar kemahiran hidup yang
penting semasa berada di sebuah kem di Penn State University di
Centre County minggu ini.
Pelajar-pelajar sekolah
menengah ini mengambil bahagian dalam akademi musim panas dan adalah
dari seluruh negara. Mereka belajar tentang kemahiran yang akan
membantu masing-masing berdikari.
Pada pagi Rabu,
pelajar-pelajar telah mengambil bahagian dalam latihan yang
melibatkan mereka melintas persimpangan-persimpangan sibuk di pusat
bandar State College. Seperti yang diketahui oleh orang yang biasa
dengan pusat bandar State College, jalan-jalan di situ boleh menjadi
agak sibuk.
"Ia merupakan satu
keadaan hidup atau mati jika mereka membuat kesilapan," kata
pengajar kem Dan Wood.
Menurut National
Federation of the Blind, terdapat lebih daripada 6.6 juta rakyat
Amerika yang buta atau cacat penglihatan, dan ramai daripada mereka
berjalan dan menyeberang jalan-jalan yang sibuk setiap hari.
Pelajar-pelajar di pagi
Rabu itu seperti Madeline Link, berpeluang mencuba kemahiran yang
telah dipelajari.
"Saya mengalami
cone dystrophy, dan tidak dapat melihat suatu apapun di sini,"
kata Link. "Impian saya adalah untuk hidup di bandar besar, sama
ada di New York atau Washington, DC, jadi ia amat penting bagi saya."
Lintasan pejalan kaki
dan isyarat tidak semestinya berguna kepada sesetengah daripada
mereka yang menggunakan tongkat. Mereka perlu berhenti dan mendengar.
"Saya boleh
mendengar kesibukan lalu lintas, yang kami panggil lonjakan lalu
lintas, dan saya dapat melintas jalan dengan cara itu," kata
pelajar Michael Brown.
Beberapa pelajar
mengambil masa lebih lama daripada yang lain sebelum cukup yakin
menyeberang jalan.
"Bagi saya, timbul
rasa agak takut kerana tidak tahu siapa yang membelok, dan siapa yang
ke hadapan," kata Link.
Pengajar dari
Pennsylvania Bureau of Blind and Visual Services membimbing pelajar
apabila bertemu persimpangan yang berbeza di pusat bandar.
Beberapa kali pemandu
kereta berhenti di persimpangan, menunggu pelajar untuk melintas,
tetapi sesetengah mengatakan bahawa tindakan yang dianggap baik itu
sebenarnya lebih mengelirukan daripada membantu.
"Terus memandu dan
jangan berhenti," kata Brown. "Dan jangan melopong."
Pelajar-pelajar akan
terus didedahkan dengan latihan-latihan lain, seperti memasak dan
hidup di luar yang juga meliputi perjalanan ke taman rimba Shaver's
Creek.
No comments:
Post a Comment