Rencana "The joy
of travelling for the visually impaired" oleh Chester Chin
bertarikh 19 Julai 2014 terbit di
thestar
Kurangnya pilihan
bersiar-siar tidak menghalang orang buta dan cacat penglihatan
daripada melancong.
Selepas pendakian yang
lama dan sukar pada satu hari di bulan Disember 1981, Liza Maria Beh
mendapati dirinya di atas Ayers Rock di Australia. Walaupun pejalan
kaki lain menikmati pandangan indah MacDonnell Ranges, ia adalah satu
pengalaman yang sangat berbeza untuk Beh. Rasa panas, angin dan bunyi
memberikan sensasi yang mendebarkan bagi wanita yang dilahirkan buta
itu.
"Anda kehilangan
input penglihatan, tetapi anda masih menerima input lain, seperti
bunyi dan rasa di persekitaran," kata Beh.
"Melancong adalah
sangat baik, sama ada anda buta atau tidak. Anda belajar tentang
budaya penduduk tempatan dan berpeluang mencuba makanan di
tempat-tempat yang anda lawati," dia menambah.
Mendengar pengalaman
wanita berusia 57 tahun ini, kita dapat rasakan bahawa selain
daripada bersiar-siar, mengembara benar-benar tidak banyak bezanya
untuk orang buta dan cacat penglihatan jika dibandingkan dengan
mereka yang boleh melihat.
Walau bagaimanapun, Beh
- yang telah mengembara ke tempat-tempat seperti Boston,
Massachusetts di Amerika Syarikat dan England - cepat menyatakan
bahawa pemandu celik sebagai aspek penting dalam perjalanan orang
buta itu.
Bekas Timbalan Pengarah
Eksekutif Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) Godfrey Ooi, 65,
bersetuju dengan Beh.
"Bagi orang buta,
pengembaraan boleh menjadi masalah, jadi kita memerlukan bantuan
daripada sukarelawan. Oleh kerana kita tidak dapat melihat sesuatu
dengan mata kita sendiri, kita perlu orang lain untuk menggambarkan
pemandangan yang dilihat bagi pihak kami," kata Ooi.
Ahli majlis MAB K.
Sundralingam, 78, adalah salah seorang sukarelawan tersebut. Lelaki
yang telah membantu Ooi dalam perjalanannya ke beberapa tempat
menarik di negara ini mengatakan bahawa nisbah yang terbaik pemandu
celik untuk pengembara buta adalah 1:1 kerana ini membolehkan pemandu
memberi perhatian penuh kepada teman perjalanan beliau.
Apabila menggambarkan
pemandangan kepada orang buta atau cacat penglihatan, Beh menekankan
bahawa adalah penting untuk memberitahu apa sebenarnya, supaya mereka
tidak terlepas pengalaman yang sepenuhnya.
Bagi membimbing orang
buta, teman yang celik harus membiarkan orang buta memegang siku
mereka atau meletakkan tangan mereka di bahu dan berjalan ke hadapan
selangkah-selangkah pada satu masa dan bukannya menolak orang buta
dari belakang.
Manakala mempunyai
teman yang celik adalah tidak ternilai, perjalanan solo juga boleh
dicapai bagi orang buta dan cacat penglihatan. Dr Tan Tok Shiong, 56,
adalah salah seorang individu yang berdikari itu.
Lelaki itu melancong
hanya dengan tongkat, beg sandang dan sedikit wang tunai.
Tan, dengan cacat
penglihatan yang berpunca daripada mutasi genetik yang berkembang
sejak lahir, menikmati perjalanan dengan berjalan jauh.
"Satu-satunya
benda yang boleh saya lihat dengan jelas adalah garis putih di jalan
raya. Dengan mengikuti garis putih, saya boleh pergi dari bandar ke
bandar, "jelas bekas pensyarah itu. Antara tempat-tempat yang
telah dilawatinya termasuklah Brunei, Thailand dan Pulau Samosir di
Indonesia.
"Kegembiraan
berjalan sahaja sudah membuatkan saya ingin mengembara. Apabila saya
memulakan perjalanan saya, saya rasa begitu gembira dan saya berjalan
selama beberapa hari. Hanya apabila saya mula berasa bosan atau
apabila kaki saya mula tidak larat baharulah saya mengakhiri
perjalanan dan pulang ke rumah," kata Tan.
Tan membuat semua
persiapan logistik yang diperlukannya sendiri dan mengemudi jalan
dengan bertanyakan penduduk tempatan.
"Apabila ada orang
yang memotong saya, ia juga merupakan satu peluang untuk
berbual-bual. Saya pun akan bertanya kepada mereka bagaimana hendak
sampai ke tempat-tempat tertentu atau sama ada saya bergerak ke arah
yang betul," jelas Tan.
Beliau menambah bahawa
orang yang tidak dikenali yang ditemuinya memang bertolak ansur.
Walau bagaimanapun, keadaan boleh menjadi rumit sedikit di
negara-negara dengan penduduk yang lebih ramai memandu kenderaan,
seperti di Brunei, kerana kurang pejalan kaki yang boleh diminta
bantuan. Pada masa ini, Tan mengambil bahagian dalam pengembaraan
yang dianjurkan oleh MAB.
Pilihan terhad
Apabila memperkatakan
tentang pusat pelancongan tempatan, pilihan untuk orang buta adalah
terhad. Muzium-muzium di Malaysia, kata pembantu penglihatan rendah
MAB Barnarbas Lee, agak tidak mesra orang buta dan cacat penglihatan.
"Di muzium
tempatan, mereka sangat takut apabila orang buta menyentuh apa yang
dipaparkan. Apabila anda mahu sentuh paparan, anda biasanya mendapat
jawapan seperti 'Ia akan pecah', 'Ia akan kotor' atau 'Anda akan
meninggalkan cap jari," kata Lee. Untuk satu aktiviti yang mudah
seperti membeli-belah, beliau berkata, kebanyakan pekedai biasanya
sangat berhati-hati kerana mereka takut orang buta akan terlanggar
barang-barang yang dipamerkan.
Walaupun Lee memahami
kegusaran beberapa pegawai tersebut, dia berkata bahawa orang buta
dan cacat penglihatan juga inginkan pengalaman melancong di Malaysia.
Ooi mengatakan bahawa
adalah penting untuk menggabungkan sentuhan yang meningkatkan
pengalaman keseluruhan. Beliau mencadangkan bahawa muzium-muzium
menyediakan penerangan dalam Braille dan model paparan yang boleh
dirasai oleh orang buta dengan tangan mereka.
Lee mengatakan bahawa
industri pelancongan tempatan perlu mencontohi beberapa rakan mereka
di luar negara. "Apabila anda pergi ke Eropah atau Australia,
pertunjukan pentas dan persembahan disertakan bersama dengan audio
deskriptif yang membantu orang buta," katanya.
Beliau menambah bahawa
adalah agak sukar juga untuk berurusan dengan syarikat pelancongan
tempatan.
"Saya agak
kebanyakan syarikat pelancongan tempatan rasa bimbang. Saya tidak
menyalahkan mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui keperluan orang
buta apabila kita mengembara, "kata Lee.
Apa-apapun, kekurangan
pengetahuan adalah salah satu daripada halangan terbesar yang
mencegah industri pelancongan daripada benar-benar boleh diakses oleh
orang buta.
Lapangan terbang adalah
salah satunya, menurut Beh, tempat wujudnya kekurangan kesedaran
menyebabkan orang buta dan cacat penglihatan secara tidak sengaja
dipandang rendah.
"Anda meminta
bantuan, dan mereka membawa keluar kerusi roda pula. Entah bagaimana,
orang cenderung menganggap bahawa orang kurang upaya memerlukan
kerusi roda. Orang buta boleh berjalan jadi kami tidak memerlukan
kerusi roda. Apa yang kami perlukan adalah pemandu celik untuk
membantu kami," kata Beh.
Walau bagaimanapun, Beh
tidak kesal dengan pengalaman pahit itu kerana dia tahu bahawa
mendidik orang awam tentang kebutaan adalah proses yang berterusan.
Pasaran yang belum
diterokai
Perkara yang pokok
ialah orang buta dan komuniti OKU tetap disisih oleh masyarakat. Ini
secara tidak sengaja menjadikan mereka peluang pasaran baru dalam
industri pelancongan.
Ini tidak mengambil
kira hakikat bahawa ia masih pasaran yang mempunyai potensi besar,
kata Sia Siew Chin, 47, pengarah eksekutif Beautiful Gate Foundation
for the Disabled . Yayasan ini telah menganjurkan persidangan di
peringkat negara dan serantau untuk menggalakkan pelancongan yang
boleh diakses orang kurang upaya.
Sia berkata industri
pelancongan perlu sedar akan ada lebih ramai orang yang tidak
mempunyai penglihatan penuh akibat bilangan warga emas yang kian
meningkat sejajar dengan kualiti penjagaan kesihatan umum yang
semakin baik.
Walaupun memang ada
potensi yang belum diterokai dalam pelancongan untuk orang buta,
pengarah urusan Cherry Bird Travel & Tours George Woo berkata
permintaannya masih rendah. Agensi pelancongan itu pernah
mengendalikan pelancongan dan pemindahan untuk orang buta dan kurang
upaya.
"Apa yang
dilakukan ialah kita akan meninjau tempat penginapan dan
tempat-tempat yang menarik untuk memastikan ia sesuai dan mesra orang
kurang upaya," kata Woo.
"Mengendalikan
lawatan untuk orang buta dan orang kurang upaya memerlukan lebih
banyak persiapan daripada lawatan biasa. Ia mencabar tetapi tidak
mustahil," tambah beliau.
Walaupun kekurangan
kemudahan yang sepatutnya tidak menghalang orang buta dan cacat
penglihatan daripada mengembara, Beh berkata adalah lebih baik jika
lebih ramai orang bersedia membantu masyarakat buta.
"Orang buta perlu
diberi kuasa untuk pergi menikmati pengembaraan mereka sendiri,"
dia membuat kesimpulan.