Rencana asal "Who do the dead
belong to" oleh Erna Mahyuni, bertarikh 11 Jun 2014 terbit di
akhbar themalaymailonline
Hanya di Malaysia: Pihak berkuasa agama
tidak ragu-ragu menyerbu upacara perkahwinan atau pengebumian anda.
Mereka yang melantik diri sendiri sebagai pemelihara jiwa kita,
seolah-olah percaya bahawa adalah tugas Tuhan menjaga golongan
miskin, tua dan lemah manakala tugas mereka adalah untuk memastikan
bahawa orang ramai tidak berkahwin atau dikebumikan tanpa kelulusan
daripada mereka..
Sekarang saya akan melangkah ke wilayah
teologi yang penuh liku. Adakah pihak berkuasa agama lebih berhak ke
atas mayat seseorang daripada, katakanlah, keluarga si mati? Adakah
Tuhan benar-benar menghantar anda ke neraka jika badan anda tidak
dikebumikan mengikut cara yang "betul" atau "teologi
yang diutamakan"?
Pengebumian bukan untuk orang mati.
Pengebumian adalah untuk yang hidup. Pengebumian adalah untuk yang
hidup meratapi mereka yang telah meninggal pada; untuk bersedih,
untuk mengingati dan mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang
disayangi.
Apa yang saya percaya? Tidak ada badan
agama yang berhak merampas mayat atau melupuskannya, kecuali si mati
telah meninggalkan arahan khusus untuk dikebumikan dengan cara yang
tertentu.
Tidak ada pihak berkuasa agama yang
lebih utama daripada kehendak keluarga. Tetapi itulah masalahnya
dengan pihak berkuasa agama kita – percaya penuh bersemangat dan
berapi-api bahawa mereka sedang melaksanakan kerja-kerja Tuhan,
bahawa apa yang mereka lakukan direstui Tuhan.
Hakikatnya, kita tidak akan benar-benar
tahu.
Anda tidak akan benar-benar tahu jika
Tuhan memang wujud sehinggalah anda mati nanti. Anda tidak boleh 100
peratus yakin bahawa anda melakukan perkara yang betul di sisi Tuhan
tanpa restuNya.
Iman termasuk di dalam ruang
kepercayaan. Apa yang anda percaya mungkin benar atau tidak dan apa
yang anda percayai tentang sesuatu tidak menjadikannya benar.
Saya cadangkan pihak berkuasa agama
secara sukarela pergi ke syurga dan bertanya pada Tuhan jika apa yang
mereka lakukan mendapat persetujuan-Nya.
Itu tak mungkin? Benar? Kalau dilihat
cara mereka bertindak, anda akan beranggapan mereka mempunyai talian
terus dengan Tuhan
Saya tidak bermasalah dengan Tuhan.
Saya bermasalah dengan orang yang menggunakan namanya menyebabkan
penderitaan, memisahkan ahli keluarga, menghalang perkahwinan dan
mencuri mayat.
Pada masa yang sama, kejadian merampas
mayat dan menyerbu perkahwinan ini adalah berbahaya bukanlah kerana
secara terang-terangan terserlah kurangnya belas kasihan dan
penyalahgunaan kuasa yang melampau.
Salah satu pembohongan paling besar di
Malaysia ialah agama dan bangsa minoriti dilindungi. Di bawah
Perlembagaan, memang benar. Tetapi di mata pihak berkuasa agama kita,
tidak ada Perlembagaan kecuali yang ada di hati (mungkin tidak ada
langsung) mereka.
Marilah kita menjadi penjaga
kepercayaan kita sendiri, yang kita pegang dalam hati kita sendiri.
Wang cukai kita tidak sepatutnya untuk
membayar orang menjadi polis kepada jiwa kita.
No comments:
Post a Comment