Rencana "Consult
the homeless" oleh Petra Gimbad bertarikh 25 Jun 2014 terbit di thesundaily
Bekerja dengan kumpulan
yang tiada tempat tinggal di dalam dan di luar negara, telah memaksa
saya mengkaji semula beberapa tanggapan awal..
Pada mulanya, saya
menganggap bahawa gelandangan hidup tidak menentu, ganas dan perlu
pertolongan, terutamanya oleh kita yang berniat baik.
Apa yang berlaku
selepas melibatkan diri adalah peralihan dalam perspektif: kumpulan
ini menunjukkan kepada rakan-rakan dan saya sendiri bagaimana orang
boleh memilih menjadi kuat dan baik walaupun dalam kesusahan.
Apabila saya bekerja
dengan gelandangan, saya kerap ditanya sama ada saya berasa takut
pergi ke “tempat-tempat seperti itu” dengan “orang yang
sebegitu rupa”.
Bekas rakan sekerja
saya dan saya akan ketawa dan mengatakan tidak: kumpulan itu yang
akan melindungi kami. Kami memilih tempat-tempat di mana kami
bekerja, dan kami telah belajar untuk bergantung kepada beberapa
individu yang tinggal atau pernah tinggal di dalam kumpulan tersebut.
Pada masa itu, kami
akan bekerja sehingga waktu makan malam sebelum keluar menjalankan
pantauan - kadang-kadang dengan individu-individu itu. Selalunya,
kami dikelilingi oleh kanak-kanak bukan gelandangan yang tinggal di
kawasan itu.
Apabila berita tersebar
pantas di sesuatu kawasan, hakikat bahawa kami bekerja dengan
kanak-kanak terpinggir dan orang muda, memudahkan kerja kami..
Bagi kes-kes
gelandangan yang teruk yang memerlukan campur tangan, kami bergantung
kepada rakan-rakan yang mempunyai kepentingan sebenar: ahli-ahli atau
bekas ahli kumpulan itu sendiri. Mereka mengajar kami tentang tempat
yang lebih selamat, apa yang perlu dicari dan yang paling penting:
untuk sentiasa sedar bahawa apa yang dikehendaki mereka adalah untuk
berbual dengan selesa dan berkawan.
Beberapa orang yang
semakin rapat dengan kami sentiasa mengingatkan kami supaya menjaga
diri, dan menawarkan diri mereka untuk ikut bersama jika diperlukan
untuk mendapatkan nasihat atau sebagai keselamatan. Mereka yang telah
meninggalkan kumpulan itu, mahu membantu juga - dan mereka lebih tahu
daripada kami apa yang tidak akan berjaya kerana mereka telah melalui
sistem itu sendiri.
Baru-baru ini, saya
menemani seorang wanita yang bekerja dengan gelandangan, untuk
memerhati kerjanya. Beliau dengan sabar menemuramah seorang demi
seorang gelandangan meminta pandangan mereka tentang apa yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah tiada tempat tinggal di
Malaysia.
Apa yang mengejutkan
saya, ramai di antara mereka yang bekerja, tetapi tidak mampu untuk
membayar sewa tempat tinggal. Inilah sebabnya mengapa mereka tidur di
tempat terbuka, sedar bahawa mereka lebih selamat di kalangan
gelandangan lain daripada bersendirian di lorong-lorong yang
tersembunyi.
Sepanjang malam, ada
yang akan berhenti berbual dan meninggalkan beg mereka untuk
berjalan-jalan atau mencari tandas awam.
Saya perhatikan
bagaimana mereka saling mempercayai yang rakan-rakan akan menjaga
barang-barang dengan selamat, dan berapa ramai pula yang menjaga
keselamatan rakan-rakan lain sepanjang malam.
Ini bukan dunia orang
mempergunakan orang lain yang saya baca dalam tulisan-tulisan atau
buku-buku akademik.
Kebanyakan mereka
adalah rakyat Malaysia daripada semua kaum dari luar Kuala Lumpur,
dan berasa bimbang apabila penemuduga membangkitkan bagaimana
undang-undang dan dasar-dasar akan memberi kesan terhadap hak dan
kebajikan mereka sebagai sebuah masyarakat pada masa akan datang.
Saya menjangkakan
mereka yang ditemubual akan menuntut apa yang diperlukan oleh
seseorang individu serta-merta: seperti, elaun bulanan atau tempat
tinggal yang bersih. Sebaliknya, tiada siapa yang saya perhatikan
semasa temu bual, meminta wang malam itu.
Tidak meminta kemudahan
untuk diri mereka sendiri, tetapi kebanyakannya meminta kerajaan
menyediakan pekerjaan untuk golongan muda di luar bandar.
"Anda boleh
membantu kami di sini, tetapi ia tidak akan berakhir. Sediakan
peluang pekerjaan kepada golongan muda dan orang dewasa di tempat
mereka, supaya mereka tidak perlu datang ke bandar untuk mencari
kerja."
“Lebih baik membantu
mereka.”
Apa yang nyata, ramai
daripada mereka datang ke bandar untuk mencari kerja. Mereka
kehilangan tempat tinggal apabila simpanan mereka habis, selepas
majikan mereka mempermainkan mereka tanpa membayar gaji untuk
beberapa bulan.
Namun, di sebalik
kekecewaan, mereka terus hidup dan saling membantu.
Melihat semua ini
membuatkan saya tertanya-tanya: Adakah saya mampu berdikari dan baik
seperti mereka di antara satu sama lain, jika saya berada dalam
kedudukan seperti mereka?
Selesai bekerja di situ
dan membaca laporan tentang gelandangan memaksa saya bertanya:
mengapa kita memburukkan imej kumpulan ini tanpa mengakui
kekuatannya?
Paling penting: dalam
ketidakupayaan kita mengenali mereka, adakah kita pembuat keputusan
yang lebih baik daripada mereka, dalam undang-undang dan dasar?
Pembuat keputusan yang
terbaik mungkin kumpulan yang berkepentingan itu sendiri.
No comments:
Post a Comment