Showing posts with label The Hindu. Show all posts
Showing posts with label The Hindu. Show all posts

Sunday, 21 September 2014

Membantu OKU penglihatan dalam perbankan santai

Rencana "Helping visually-impaired in leisurely banking" bertarikh 3 September 2014 terbit di thehindu




Ahmedabad, India - Sekumpulan 27 orang pelajar dari Pusat Perancangan Alam Sekitar dan Teknologi di sini telah mereka bentuk projek "kehidupan sebenar", yang akan membantu transaksi perbankan rutin OKU penglihatan secara lebih bebas.

"Pavilion eksperimen" - berbentuk ikan yang dikenali sebagai pod telah dirasmikan di GCP Business Centre di bandar ini. Menggunakan semaksimum mungkin deria sentuhan, pod dengan dua bahagian itu dibahagikan kepada kawasan perbankan dan kafeteria untuk OKU penglihatan.

"Kami, sebagai pereka, menyedari bahawa banyak yang direka hari ini tidak memenuhi apa yang dirasai oleh [deria sentuh untuk melihat alam sekitar]. Terdapat begitu banyak maklumat visual di sekeliling kita dan kita tidak menjumpai ruang awam yang mesra OKU penglihatan. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mereka bentuk ruang dalam atrium awam yang mempunyai fungsi bersepadu perbankan dan masa lapang yang mengambil kira mereka sebagai pengguna," kata nota paparan daripada pelajar-pelajar tahun kedua Fakulti Rekabentuk.

Apabila OKU penglihatan masuk ke dalam bank, dia akan disambut dengan peta utama dengan pelbagai tekstur permukaan - permukaan yang berjalur atau bergerutu. Setiap satu daripada tekstur ini sepadan dengan kawasan perbankan atau masa lapang yang ditandakan pada peta dalam Braille. Pelanggan kemudiannya menyentuh kawasan sekitar pod tersebut menurut tekstur. Seorang pengurus hubungan juga diambil kira untuk memenuhi permintaan perkhidmatan pelanggan.

"Sentuhan Yang Lebih Manusiawi"

Struktur, yang cuba mewujudkan rasa sebuah akuarium bagi OKU penglihatan, juga memecah tanggapan konvensional sebuah pejabat sebagai ruang yang tertutup dan membayangkan kawasan yang lebih terbuka di mana interaksi adalah lebih "manusiawi dan peribadi."

Konsep reka bentuk, yang dibangunkan dengan kerjasama Axis Bank, bermula sebagai satu projek studio, tetapi telah diperluaskan kepada projek kehidupan sebenar.

Monday, 28 July 2014

Cahaya di hujung terowong

Rencana "The light at the end of the tunnel" bertarikh 24 Julai 2014 terbit di thehindu



Kami meminta anda menamakan satu perkara yang akan membuat sekolah anda lebih mesra kepada yang kurang upaya penglihatan.

Berikut ialah beberapa jawapan yang diterima:

Saya merasakan bahawa bukan infrastruktur yang menjadikan mana-mana sekolah mudah diakses oleh pelajar cacat penglihatan tetapi guru khusus untuk menangani pelajar-pelajar keperluan khas. Jika kurikulum dan aktiviti-aktiviti lain boleh memenuhi keperluan kumpulan ini maka tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupan masing-masing. Secara keseluruhan, andai kata sekolah saya boleh menyediakan seorang guru seperti Cik Sullivan, maka setiap pelajar cacat penglihatan akan menjadi Helen Keller atau John Milton.

Vishal Kulkarni

Class X, KV Bijapur



Apabila melihat di sekeliling bilik darjah dalam sekolah saya, saya segera mengerti bahawa papan yang digunakan di sini boleh digantikan dengan rak-rak buku penuh dengan buku-buku Braille yang membolehkan mereka yang cacat penglihatan membaca dan belajar.

Eupho.C.J,

Excel Central School, Thiruvattar



Di sekolah seperti yang saya hadiri iaitu bukan sebuah sekolah untuk pelajar buta, pelajar cacat penglihatan mungkin berasa sukar untuk bergerak. Jadi perkara pertama yang boleh diubah ialah menukar tangga menjadi ramp untuk menghalang pelajar-pelajar buta daripada tersandung. Papan tanda dalam Braille juga boleh dipasang supaya pelajar dapat membaca arahan.

Sohail Sanjay Moideen,

St. Paul’s International School, Kalamassery.



Kurikulum perlu diajar menggunakan audio dan bukan dengan kertas bagi pelajar kurang upaya penglihatan. Sebagai ganti menulis nota, pelajar kurang upaya penglihatan boleh belajar sukatan pelajaran mereka dengan mendengar maklumat yang direkodkan dalam pemain audio. Peperiksaan bertulis boleh digantikan dengan ujian lisan. Saya percaya perubahan ini akan memberi manfaat kepada pelajar kurang upaya penglihatan dalam pendidikan mereka.

Athira Sivadas

Class VIII, Bharatiya Vidya Bhavan Pottore, Thrissur



Perubahan utama yang perlu dilakukan di sekolah untuk menjadikannya lebih mesra pelajar cacat penglihatan adalah dengan mengekalkan persekitaran yang tidak bising, kerana ini boleh membantu mereka menumpukan perhatian kepada pendengaran. Meletakkan jalur di laluan pejalan kaki juga akan membantu mereka berasa laluan, yang membolehkan pelajar-pelajar itu lebih berdikari.

Subathradevi.S,

Class X, Alwin Memorial Public School



Sekolah kami boleh membuat persiapan untuk komputer dengan teknologi yang bertambah baik dilengkapi pembaca skrin. Teks, gambar dan filem yang disimpan di dalam komputer boleh dihantar melalui isyarat yang akan dilihat dan dianalisis oleh pelajar yang cacat penglihatan melalui antara muka.

K.Akhil Vasanth

Class VI, Pushpalata British International School, Tirunelveli